January 17, 2013

the upcoming events

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,


Bismillahirrahmaanirrahim. I prevented myself to post something for the current due to emotionally unstable. I supposed? I sort of miss my blog. Though its not alive, at least its the only place I can express my feelings with the purpose of expressing it to Allah SWT. InsyaAllah. Choosing twitter is not a good idea. 140 characters are never enough! Well, I just started the first week of class. Hectic indeed. Drop and add subjects frequently. Unsatisfied class timetable. Am staying far away from my campus thus arranging my timetable well helps a little especially regarding the costs of coming to class. Not to say I'm stingy, I have my financial planning (mengada nak financial planning bagai tapi sebenarnya simple planning atas kertas kecil je) to be strictly followed. Though I often successfully failed. Leulz. Here goes nothing.

(Credits to Deviantart for the image)

Few days ago, I was appointed by the lecturer to be the class representative. Aka ketua kelas. And I was like, "why meeeeeeee? T.T" dalam hati sahaja lah tapi. I answered, "sure. I can do this." Memikul beban yang agak berat bagi aku ni agak menakutkan aku. Aku tidak pernah berani memegang tanggungjawab terhadap kelas. Walaupun nampak macam aku ni lebih lebih dalam berfikir, tapi aku adalah seorang yang melakukan tanggungjawab sebaik mungkin. Sebab tanggungjawab itu adalah amanah bagi aku dari Allah SWT. Sudah sekian lama aku tidak diberi tanggungjawab mengetuai sekumpulan orang. Dan aku memberitahu diri sendiri, "aku bersedia! Kerana aku ada Dia." 

Waktu pulang dari class, dalam kereta abah buka radio IKIM.fm. Tiba tiba ada ustaz sedang ceramah tentang tanggungjawab kita pada masyarakat. Tanggungjawab kita dalam berkhidmat untuk masyarakat, kerana Allah SWT. "Tanda tanda kamu adalah seorang yang selalu berkhidmat untuk masyarakat adalah apabila adanya kamu, masyarakat menyenangimu. Mereka sering memilih kamu memegang sesuatu amanah kerana percayanya mereka terhadap kamu. Mereka juga sering gembira tika adanya kamu dalam kumpulan mereka samada kumpulan kerja atau projek." Dan terjawablah segala keraguanku terhadap diri sendiri iaitu, aku ingin berkhidmat untuk masyarakat, lillaahita'alaa. InsyaAllah.

(Credits to Deviantart for the image)

Tadi sebelum isya', aku mengambil sehelai kertas dan mencatat tugas tugasku sebagai class rep. Fotostat nota, hantar email etc. Bunyi macam kelakar sebab perkara kecil sahaja, tetapi "boleh jadi tika kamu dihisabkan kelak, kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas apa apa yang diamanahkan. Seorang pemimpin bertanggungjawab atas rakyatnya. Seorang suami bertanggungjawab atas isterinya. Seorang isteri bertanggungjawab atas harta suami dan anak anak." Aku pernah menjadi seorang yang tidak amanah dan aku benar benar menyesal. Astaghfirullahalazim. Tidak mahu aku kembali melakukan sesuatu dengan sia sia. "Kalau nak lakukan sesuatu, lakukan dengan terbaik!" Sepertinya kita sedang belajar untuk final exam. Belajar sambil main handphone. Texting texting perkara lagha. Tidakkah kamu rasa, betapa ruginya kamu buang masa belajar sedangkan tiada kesungguhan? Dah alang alang sedang belajar, belajar betul betul. Dengan itu kelebihannya adalah apabila kamu tawakal setelah menjawab exam, kamu berasa tenang. 

Contoh yang lain, waktu presentation assignment. Aku selalu terapkan dalam diri sendiri, "kalau nak present, buat yang terbaik!" Bukan senang nak turunkan rasa gementar, stage fright and being spontaneous. Tetapi dah alang alang terpaksa breakthrough semua negativity tu, apa salahnya buat yang sebaik boleh. Rugi membenarkan negativity itu bermain main diminda sedangkan sudah dibuang jauh jauh waktu menjejakkan kaki ke hadapan. Jangan rugikan setiap peluang yang diberi Allah SWT untuk mencabar diri sendiri menjadi yang lebih baik. Rugi! Sambil mengalunkan surah yassin tadi, aku teringat tentang masalah masalah yang membelenggu hatiku lalu sering menyapa duka dan air mata. Sambil membaca sambil suara menahan sebak didada. Sambil itu juga aku disapa ketenangan olehNya dengan Kalamullah yang sedang dititipkan dihujung bibir. Subhanallah.

Waktu lepas isya', aku berdoa. Doa yang biasa. Bak kata orang, common. Tetapi dalam hati hanya Allah SWT yang tahu. Hatiku merintih. Hatiku berharap akan cintaNya. Tetapi aku malu menyebut segala rintihan itu padaNya, kerana terlalu banyak kenikmatan didunia ini yang telah dikurniakan olehNya. Aku rasa tidak pantas untuk aku meminta minta tanpa bersyukur atas ketentuanNya. Benar, Dia amat mencintai rintihan hambaNya yang bertaubat dari melakukan dosa, dan Dia sangat mencintai perbuatan hamba hambaNya yang selalu memohon kepadaNya. InsyaAllah, akan aku cuba yang terbaik supaya aku sentiasa bersyukur kepada segala cintaMu padaku. Sedang aku berdoa, aku terpejam mata. Aku dilintasi bayangan wajah seseorang. Rupa parasnya mententeramkan aku. Bayangan itu menyapa dengan senyuman manis tulus untukku. Bayangan itu juga menyentuh hatiku, dan hatiku disapa bisikan "terbaik untukku". Kemudian aku terjaga dari bayangan. Istighfar banyak kali. Zina pemikiran. Astaghfirullahalazim. Tetapi persoalannya, siapakah itu? Ahh. Syaitan laknatullah yang hanya ingin mematahkan semangatku untuk mengejar citaku.

Kemudian aku ambil masa berfikir di tikar sejadah. Tentang masa depan. Tentang apa yang aku ingin lakukan dalam masa akan datang. Excitedly plan my future specifically. It feels good when your future is very clear. What to become. When to achieve. What to achieve. What to do. I was planning on taking master after I graduate. Perhaps it takes a year insyaAllah. While doing my master, I am currently building my empire on my business. What business? Muslimah clothing line according to al-Quran and sunnah. On the same time, I have a friend who loves poetry and writing novels in islam. I'll plan with her on becoming my shareholder. Maybe she can easily sells her books and anything she intended so through our company, to our empire. Thus increasing our empire. I want to innovate my products, that happens to be affordable yet reached to heart. Dakwah secara tidak langsung. Menyerapkan akhlak dan ilmu islam melalui product product kami. Mungkin kalau kami ada branch, kami akan menitik beratkan pekerja yang berilmu dalam agama dan baik akhlaknya, supaya waktu mempromote barangan, boleh juga menerangkan ilmu ilmu tersirat atas sunnahnya menggunakan barangan itu. Contohnya dalil dan explanation dalam menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya tanpa memalukan pelanggan. Bagi memberi contoh, islam itu bukan menghukum tetapi memahami. Setelah empayar kami berkembang pesat, anggaran umur aku 30 tahun, aku akan mula menyampaikan dakwah secara langsung. Motivating people according to islam. Bukan ustazah, hanya seorang wanita yang berjaya kerana Allah SWT yang sedang memotivasikan orang lain untuk faham, apa itu "lillaahita'alaa".

(Credits to Deviantart for the image)

Aku akan capai semua ini sebelum umur aku mencecah 40 tahun, insyaAllah. Akan aku cuba sedayanya, kerana Allah SWT. Waktu umur aku mencecah 40 tahun, aku akan kurangkan aktiviti dakwah dan bisnes. Bukan aku mengejar dunia. Aku cuma ingin umat islam faham, bukanlah keturunan atau dosa dosa lampau yang mencorakkan kita, tetapi hati kita sendiri. Kesungguhan kita, itu yang utama. Dan sesungguhnya tika hati terdetik ingin berubah yang lebih baik, tanpa kesungguhan, detik hatimu itu hanyalah angan angan kosong. Semaikanlah, supaya akhirnya, kamu menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sebenar benarnya. Jangan takut dengan masa lampau, kerana masa lampau itulah yang memberi banyak pengajaran dalam hidup. Kerana masa lampau itulah ketentuanNya. Takdir. Rasulullah SAW bersabda, "umatku akan hidup dalam kitaran 60 hingga 70 tahun." Dan waktu umur aku 40 tahun, aku cuma ada anggaran 20 tahun untuk hidup. Tidak akan aku benarkan sisa hidupku dilalui dengan keduniaan. 20 tahun tersisa akan aku hidupkan dengan menyemai cinta dalam keluarga dan mendekatkan diri jauh lebih dekat pada Ilahi. InsyaAllah.

Waktu aku berumur 50 tahun, atau aku akan catitkan dalam wasiatku, aku akan menjual company aku dan menyalurkan semua wang itu untuk membaik pulih sekurang kurangnya sepuluh rumah anak yatim yang berada jauh dari kota. InsyaAllah. Aku tidak mahu anak anakku (jika aku punya rezeki cahaya mata) bergaduh kerana harta dan aku ingin mereka sendiri usaha, bukan disenangi dunia! Sejak kecil aku akan terapkan nilai usaha, aku tidak akan duduk dirumah rumah mewah, aku tidak akan renangkan mereka dengan hadiah hadiah berupa harta kekayaan. Biarlah mereka merasai apa itu erti susah. Itulah cita citaku. Aku mengejar mati husnul khatimah, iaitu mati dalam keadaan tenang dan beriman. Mati dalam bersaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT, dan Muhammad SAW itu pesuruhNya. Aku mengejar mati dalam miskin, supaya hartaku tidak menjadi bebanan buatku. Tidak aku berdoa untuk dipanjangkan umur. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untukku. Jika cita citaku ini tidak kesampaian, aku tidak akan mengalah, kerana bukan dunia yang ku kejar, aku hanya mengejar cinta Allah SWT. Jauhilah aku dari riya' dan sombong dengan kejayaanku tika waktu itu tiba. Akan aku sentiasa mengingatkan diri supaya sering bersandar kepadaMu. Segala kebaikan hanya datang dariMu, dan segala keburukan itulah aku. Amin ya Rabbal 'alamin.

Apa yang membenarkan aku terfikir atas segala masa hadapanku, adalah kerana tanggungjawab yang diberikan kepada aku sebagai class rep. Sebab dengan tanggungjawab kecil ini, aku boleh belajar menjadi wanita yang lebih bertanggungjawab. Boleh belajar menjadi wanita yang mampu susun atur kehidupan. Dan aku akan gunakan peluang ini sebaiknya. InsyaAllah. Yes, sometimes all the little things that come does give a very big benefit towards you. Though you're not sure what point of view, but it will. Because Allah SWT knows best. Alhamdulillahi rabbil 'aalamin.

Love,
riff


2 comments:

  1. nak keja dengan company awak nanti, kena interview ke? eh nak jadi shareholder lah :3

    ReplyDelete
  2. boleh. hehe. both ways also can. yang penting nawaitu. i've started my community called sky community. start kecil kecil dulu. do like it in fb okay? :)

    ReplyDelete