Bismillahirrahmaanirrahim. Dear Allah SWT. Yes, this is sort of my personal (not literally) conversation with my dear Allah SWT. Before I went to bed last night, I was texting with my akak (friend). Before I text my akak, I just got home from my family vacation. Can you see how tiring it is? But I managed to wake up early today. Hooray for me! Anyways, back to my point, I was so troubled before I went to vacation. I feel so stressed, haywire. We went to a place, far from town (still in Malaysia since we got no money to roll). O Rabb, the beauty of His creation is unbearable! I was very astonished. Subhanallah! And then I get this feeling of "hey, Allah SWT shows you His mercy, He gave you the chance to knock your heart, to remember Him, to change. For the 26990th time." And I was like, "I know righttt. Astaghfirullahalazim. Jauh sungguh aku sudah menyimpang dari jalanNya." Yeah, that is some of the 'talking to self' moments that actually worth the shot. You should try it. Hiks.
Dalam perjalanan pulang ke ibu kota, aku termenung sendirian. Melihat keajaiban gunung ganang yang terletak gah di tepian highway. Besar sungguh. "Allah SWT pastinya lebih besar!" terdetik dalam hatiku. Kemudian aku teringat bacaan aku, "Malaikat Maut pencabut nyawa itu adalah malaikat paling besar. Jika Malaikat Maut menadah tangan, pastinya bumi mampu diletakkan diantara tadahannya itu. Dan jika Malaikat Maut menitiskan air mata, bumi akan ditenggelami air. Betapa besarnya Allah SWT itu jauh lebih besar dari Malaikat Maut sudah pastinya." I had this personal conversation with myself (in the heart) about how terrible I have become. Titisan air mata tidak pernah jemu menyapa pipi.
Ya Allah SWT, tika aku sedih, aku pasti teringatkanMu. Memohon petunjuk dan kekuatanMu. Aku cuba sedayanya bersyukur tatkala kenikmatan rezekiMu dilimpahkan kepadaku. Tetapi aku sering terlupa untuk mengucap kata syukur ketika dilanda musibah. Astaghfirullahalazim. Kerana musibah itulah, yang menjadikan aku lebih matang. Lebih dewasa. Lebih bersedia menjalani kehidupan yang mendatang. Lebih bersedia mengejar rahmatMu. Lebih bersedia mengejar syurga 'AdnMu. Ya Allah SWT, ampunilah dosa dosaku. Jika tidak kepadaMu, kepada siapa lagi aku ingin memohon pengampunan. Kepada siapa lagi aku meletakkan harapan. Aku hambaMu, dan akan tetap menjadi hambaMu. Jadikanlah aku hambaMu yang dekat denganMu. Janganlah Engkau keraskan hatiku dan menjauhi aku, kerana dalam kehidupanku hanya ada Engkau dihatiku. Maafkan aku, tatkala aku bermain cinta dengan makhluk ciptaanMu dan meletakkan Engkau dibawahnya. Ampunkan aku ya Allah SWT. Aku lalai, dan cuba sedayanya keluar dari godaan dunia. Ampunkan aku ya Allah SWT.
Ya Allah SWT, apabila aku bercuti bersama keluarga, melihat keakraban aku dan mama abah membuatkan aku gembira. Aku gembira kerana aku rindu melihat mereka dekat denganku. Apakah Engkau gembira melihat aku cuba sedayanya dekat dengan mereka? Untuk dekat denganMu? Aku merinduiMu ya Allah SWT. Rinduku terhadapMu benar benar mengusik jiwaku. Aku sering dilanda pertanyaan, apakah pantas buatku mempunyai kekasih sehebatMu ya Allah SWT? Semalam, aku telah berjanji kepada diriku sendiri, aku akan menjadi wanita yang lebih baik. Aku ada prinsip baru dalam hidup. Akan aku kotakan janjiku terhadap diri sendiri, keranaMu ya Allah SWT. Akan aku kalahkan syaitan laknatullah dengan segala dayaku, keranaMu ya Allah SWT. Akan aku buang rasa kecewa dalam kehidupan dunia ini, kerana aku tahu kekecewaan seribu tahun dunia, tidak mampu mengatasi kebahagiaan sesaat disyurgaMu.
Ya Allah SWT, ampunilah dosa dosa mama abah dan adik beradikku. Ampunilah dosa saudara maraku. Ampunilah dosa kawan kawanku. Ampunilah dosa orang orang yang beriman dijalanMu. Ampunilah dosa para pejuang islam. Ampunilah dosa bakal zaujku. Khabarkan kepadanya, bahawa aku akan menjaga diriku sebaiknya dan semoga dia lakukan yang sama walau dimana dia berada, keranaMu ya Allah SWT. Lindungilah kami dari orang orang yang berniat jahat terhadap kami, lindungilah kami dari melakukan dosa besar dan kemaksiatan. Lindungilah kami dari mati dalam keadaan aib. Letakkan kami diantara orang orang yang beriman. Letakkan kami diantara orang orang yang syahid dijalanMu. Jadikanlah doa doaku sama sepertinya doa doa Nabi Muhammad SAW. Engkau maha besar, Engkau maha pengampun, Engkau maha penyayang. Hanya Engkaulah yang berhak memberi pengampunan kepada kami dan kerabat kami.
Amin ya Rabbal 'aalamin.
Love,
riff
.jpg)

No comments:
Post a Comment