Bismillahirrahmaanirrahim. I read this book, "Aku Terima Nikahnya" by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. The book is a gift from someone. Thank you so much for giving me the chance to learn with this book. I appreciate it so much. And finally! I finished the book yesterday. Alhamdulillah. Kesimpulan yang aku dapat dari buku itu adalah, kehidupan rumah tangga itu sukar. Ia sukar jika kita tidak persiapkan diri syariatullah dan sunatullah dari sekarang. Aku mungkin berkata pada diri sendiri, "alah, aku lambat lagi nak kahwin, buat apa nak gopoh gopoh siapkan mental dan fizikal." No, we are wrong. Sekaranglah masa yang sesuai. Sebab melayari alam rumah tangga itu sehingga kita kembali kerahmatullah adalah jangka masa yang panjaanngggg. Most people are in married status for more than the life they took when they are single. Terfikirkah kamu?
Bagi para wanita, jagalah diri kamu sebaiknya. Jangan kalah dengan nafsu syahwat kerana dengan kekalahan itu adalah tanda kamu mengtuhankan nafsu. Mengtuhankan syaitan laknatullah! Astaghfirullahalazim. Apa itu malu? Malu itu adalah apabila kamu malu dengan Allah SWT. Bencikan maksiat, cintakan kebaikan. "Wanita awal yang menerima islam, malunya tiada tara. Mereka sanggup ikut berperang dalam angkatan islam menentang kafir laknatullah kerana malu! Malu dengan Allah SWT kerana mengatakan diri itu seorang islam, tetapi tidak pernah membantu dalam jihad islam." Begitulah malu seorang wanita islam sebenar. Bukan tersipu sipu malu bila digoda lelaki kononnya tidak suka digoda kerana Allah SWT. Tersipu sipu malu digoda lelaki itu bukan caranya! Itu tanda memberi harapan. Cara sebenar adalah mempertahankan akidah dengan menghentikan maksiat itu. Berbeza akhlak mereka. Terfikirkah kamu?
Mukadimah dah setengah jam. Maaflah. Banyak pesanan yang aku dapat setelah mengamati pelbagai buku yang berkaitan islam. Alhamdulillah ilmu aku semakin mantap. Tetapi banyakkkk lagi yang harus aku belajar. InsyaAllah akan diusahakan. Back to the topic, this entry is my sharing of one page of the book "Aku Terima Nikahnya". Kerana muka surat ini adalah yang paling menginsafkan aku. Betapa besarnya cinta Rasulullah SAW kepada umat baginda. Bertajuk Dia Pernah Mencintaimu, muka surat 554. Let's roll.
"Alangkah teringinnya di hatiku andai berpeluang bertemu dengan saudara saudaraku," ujar Rasulullah SAW. Suasana hening dipinggiran perkuburan al-Baqi'. Tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti, baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. "Bukankah kami ini juga saudara saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi SAW merindukan saudara saudaranya, apakah ada saudara lain selain mereka, para sahabat? "Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah SAW.
Aneh. mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak muda termenung sedih dijendela angan angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada... itu sudah menjadi satu kegilaan. Diluar kebiasaan. Perlukan rawatan. Tetapi tidakkah Nabi SAW juga mengungkapkan cinta yang diluar kebiasaan itu? Kematian yang pasti menjadikan baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dnegan orang orang beriman pada masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, dimana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta. Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan baginda SAW itu berkorban segala galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup seribu tahun selepas pemergiannya, biar sesudut ceruk tok kun sekalipun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi SAW. Tiga hari baginda SAW tidak mampu hadir berjemaah dengan kekasih kekasih baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi jadi. Subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke 11 Hijrah. Tatkala Abu Bakar RA membetulkan saf untuk mengimamkan solat, baginda SAW menyelak tabir yang memisahkan bilik baginda dan ruang solat di masjid.
"Sungguh takjud. Wajah baginda seperti lembaran mashaf. Rasulullah SAW semasa memerhatikan kami, baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakar sendiri berundur kerana menyangkakan baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah SAW mengisyaratkan kami memulakan dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik RA. Wajah itu mengubat rindu mereka. Tiga hari yang hilang warna dan sepi. Tabir dilabuhkan dan kaum muslimin meneruskan solat. Senyuman baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum muslimin. Sangka mereka itu senyum kesembuhan. Rupa rupanya ia adalah senyuman perpisahan! Duha Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke 11 Hijrah, kekasih Allah SWT itu pulang kepada Teman Tingginya.
Itulah sedikit dari petikan yang benar benar menusuk kedalam hatiku. Ya Allah, besarnya cinta Nabi SAW terhadap umatnya. Terhadap umat yang beriman kepada Allah SWT. Adakah kita salah satu dari umatnya itu? Umatnya yang menghidupkan sunnah baginda. Umat yang taat kepada perintah Allah SWT. "Barangsiapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, diberi pahala 100 orang yang mati syahid. Wallahualam." Allahuakbar. Mari hidupkan sunnah Rasulullah SAW. Marilah menjadi umat Rasulullah SAW yang sebenar benarnya! Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya! (Maaf kalau ada typo. Tak sempat nak check. Rushing!)
Love,
riff


No comments:
Post a Comment