Bismillahirrahmaanirrahim. Its been awhile since I update this blog. (yeke awhile?) Anyways. This is a story of a girl, and she's hoping that what she felt was really what Allah SWT wants to show her. The best path. InsyaAllah.
(Credits to Deviantart for the image)
Past few weeks, I can't barely remember the exact time because I was at this stage of telling myself, "itu cuma mainan tidur." Pada satu malam, aku bermimpi. Mimpi yang paling indah aku rasakan. Sebelum mimpi itu, aku sering meminta petunjuk Allah SWT, supaya aku disucikan hati, diperbaiki akhlakku dan dijadikan anak yang soleh. Aku tidak pernah berhenti berdoa. Mungkin sebab dah agak lama mimpi itu berlaku, jadi aku rasa tak perlulah nak risau lagi bila aku ceritakan pada umum. Permulaan mimpiku, aku berada dikampung. Aku masih ingat, aku bertudung labuh (yang macam tudung ustazah jahit tengah tu) bewarna cream. Perjalanan mimpi secara detail aku tak berapa nak ingat. Yang klimaksnya aku ingatlah.
Waktu itu aku dengan saudara mara aku. Muka mereka tidak jelas. Jadi aku tak ingat siapa yang berada bersama aku, tapi melalui perasaan yang timbul ketika mimpi itu berlaku, adalah mereka itu orang orang yang aku sangat rapat. Kami duduk di ruang veranda (kalau orang melaka panggil sungkap) yang agak lapang di rumah nenek. Sambil mengenakan tudung labuh bewarna cream, berniqab cream dan berbaju jubah hijau cair, aku yang tidak tahu apa apa duduk disitu sambil mereka berborak tentang seorang lelaki yang sangat soleh dan pemalu. Aku ni sangat malu kalau nak bercerita tentang lelaki ajnabi, aku mendiamkan diri sambil kerap membetulkan niqab aku sebab nak tutup rasa malu. Pemalunya aku waktu itu, pelik.
(Credits to Deviantart for the image)
Kemudian datang satu keluarga yang tidak dikenali, (tak ramai tiga empat orang rasanya) bersama seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya, duduk bersama kami. Agendanya, adalah ingin merisik aku! Waktu itu malu aku bukan kepalang. Dalam mimpi pun rasa nak terkincit je rasa malu tu. Aku menundukkan pandangan dengan sangat dahsyat. Sampai yang aku nampak adalah kaki semua orang je. Apa yang mereka cakap semua aku tak endahkan, yang penting aku tahu nak keluar dari majlis itu. Aku banyak menyorokkan diri belakang cousin aku.
Sambil aku menahan rasa malu, aku disapa dengan satu suara lelaki mengatakan, "saya tidak akan melalaikan awak dari Allah SWT, saya tidak akan menelefon awak sebelum diijab qabul kerana saya tidak mahu terjadi fitnah, dan saya akan berhubung dengan awak melalui surat, email atau orang tengah. Saya tidak ada nombor telefon awak, jadi awak tak perlu risau." Aku terus lari masuk kebilik tanpa memandang belakang lagi. Aku tidak melihat wajah lelaki itu. Tapi hati aku rasa tenang dengan kata kata itu. Aku melihat dicermin, wajahku berseri walaupun berniqab. Aku rasakan sangat dekat dengan Allah SWT dan kemudiannya aku terjaga. Astaghfirullahalazim.
Waktu terjaga, aku tidak tahu nak buat reaksi apa, tapi yang pasti aku berasa sangat tenang. Entah kenapa. Bukan sebab lamaran itu, tetapi bab terakhir mimpi aku dimana aku menyedari betapa solehahnya aku waktu itu, dalam menjaga agama dan akhlakku. Dalam rasa maluku. Subahnallah indahnya rasa apabila kita tahu kitalah kekasih Allah SWT. (Semoga kita semua ditempatkan diantara orang orang yang beramal soleh) Aku rasakan seperti terjawab segala persoalan aku tentang keberadaan aku disisi Allah SWT. Tetapi aku tidak mahu lalai dengan mimpi kerana itu mungkin mainan tidur. Jadi aku abaikan dan mendiamkan diri buat seketika waktu.
Baru baru ni, aku diuji lagi. Hati aku ditusuk panahan oleh ujian Allah SWT. Aku terima dengan redha. Aku makin semangat untuk berdoa supaya aku diberi peluang untuk menjadi yang terbaik disisi Allah SWT, walaupun aku tahu dosaku sepertinya pepasir dilautan, tidak akan mampu aku menimbus segala kehinaanku dengan kebaikan yang hanya secebis. ilahilastulil firdausi ahla wala aqwa `ala naril jahimi fahabli taubatan waghfir zunubi fainnaka ghafiruz zambil `adzimi (wahai Tuhan, aku tak layak untuk syurgaMu, namun tidak juga aku sanggup menahan akan seksa nerakaMu. Oleh itu ya Allah dengan rahmatMu, terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dosa dosa besar)
Kalau aku diberi satu lagi peluang, aku mahu mengembalikan masa, berusaha menjadi solehah dari dulu lagi! Setelah banyak kemungkaran yang telah aku lakukan, rasa maluku amat tinggi pada Allah SWT kerana aku rasa seperti tidak layak untuk berdoa pun! Tapi aku tidak akan kalah dengan pujuk rayu syaitan, "Sesungguhnya taubat yang paling Allah SWT sukai adalah taubat dari hambaNya yang melakukan dosa." InsyaAllah. Sambil sambil usaha aku dalam doa dan ibadah, aku juga tidak lupa untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ciri ciri wanita solehah. Aku ada baca buku ni, Cinta High Class by Fatimah Syarha. Indah sungguh budi pekerti dan agamanya. Menangis sendirian aku mengenangkan diri yang sebenarnya jauh menyimpang. Aku makin galak berdoa dan berusaha supaya diberikan hidayah menjadi wanita solehah oleh Allah SWT.
Pada mulanya, tidak banyak yang terjadi. Cuma tiba tiba hatiku sering tertarik untuk bangun awal dan perbaiki akhlakku. Aku mula banyak membuat kejutan untuk mama dalam menyiapkan kerja kerja rumah. Mama kelihatan senang dengan hadiah biasa biasa aku untuknya. Aku gembira melihat mama yang menjadi lebih tenang sekarang. Hatiku jauh lebih tenang dari biasa. Aku tidak lagi sering berkata kata yang tidak baik yang mampu menyinggung perasaan mama abah. Aku lebih penyayang. Bangun malamku juga dipermudahkanNya. Alhamdulillah. Dalam rasa ketenangan itu, aku panjatkan doa supaya aku istiqamah dalam usahaku. Tiba tiba dalam tahajjudku, aku bertanya pada Allah SWT, masihkah ada tempat disisiNya untuk aku menjadi kekasihnya yang solehah? Menjadi anak yang solehah?
(Credits to Deviantart for the image)
Ingat al-Quran aku yang ada terjemahan itu? Waktu itu juga, aku sudah masuk surah Maryam. Aku baca muka surat pertama surah itu. Dan kemudiannya perasaan terlalu ingin mengetahui tentang maksud surah itu membuak buak. Entah kenapa aku excited semacam. Terjemahan muka surat pertama, bercerita tentang keajaiban Allah SWT atas kelahiran Nabi Yahya AS yang dilahirkan dalam keadaan bapanya sudah tua dan ibunya mandul. Berkat doa ayahnya yang tidak pernah putus dan tidak pernah kecewa dalam berdoa kepada yang Esa, Allah SWT mengurniakan mereka berdua anak sesoleh dan sepintar Yahya AS. Muka surat pertama itu menceritakan ciri ciri anak yang soleh, dan betapa Allah SWT merahmati anak yang soleh itu. Aku tersentak ketika itu. Dan kemudiannya air mata aku mengalir. Adakah ini tanda tanda jawapan dari Allah SWT yang aku cari cari? Wallahualam.
To not be overly excited, aku buat relax jelah padahal air mata dah berbaldi baldi mengenang kebesaran Allah SWT dan cintaNya terhadap hambaNya. Aku menjalani hari itu lebih dari biasa. Semangat kerana tersemainya cintaku pada Ilahi lebih mendalam membuatkan aku bersungguh sungguh mengejar akhirat dengan kenikmatan yang abadi. Rinduku pada Ilahi semakin dalam. Lepas penat mengemas rumah, aku buka televisyen. Mencari siaran siaran yang mungkin membawa faedah. Terbukalah al-Hidayah. Wardina sebagai pengacaranya mengatakan hari itu topik mereka adalah cahaya mata yang soleh. Aku menangis haru. Adakah ini petanda dari Allah SWT lagi? Ya Allah, hatiku berasa tenang dengan petanda petandaNya itu. "Jika Allah SWT ingin memberi petunjuk, nescaya kamu akan diberi petunjuk. Jika Allah SWT tidak memberimu petunjuk, tidak akan ada satu apa pun petunjuk yang akan kamu hadapi, sedangkan matamu, hatimu, telingamu semua ditutup dari petunjukNya." Wallahualam.
Itulah sedikit sebanyak yang aku lalui beberapa hari ini. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tetapi sejujurnya, sebelum aku mengalami petunjuk petunjuk itu, aku tiba tiba rasa bersedia untuk berniqab. Yang menghalang aku adalah persoalan, "adakah wajah aku terlalu cantik untuk terjadinya fitnah dalam fitrah lelaki?" dan jawapannya, "tidak, aku tidak secantik itu." maka aku kuburkan niat itu. Astaghfirullahalazim. O Rabb, jauhkan aku dari riak dan berbangga diri. Aku cuma ingin mencari cintaMu dalam menjaga hatiku dan hati orang lain keranaMu. The reason for this entry is because I want others to know, how Allah SWT is not going to abandon you. Even if you are the worst sinner, He will always show you the best path for you to go through your life, closer to Him. InsyaAllah, Allah SWT tidak akan membiarkan kita terkontang kanting dalam mencari jalan pulang padaNya. InsyaAllah juga, Allah SWT sentiasa membetulkan nawaitu kita hanya keranaNya. Dan ingatlah, "terkadang yang kita rasa berlebih lebihan dalam beragama itulah yang sebenar benarnya tuntutan agama. Cuma kita mentafsirkan berlebih lebihan sebab itu bukan kebiasaan seharian kita zaman kini."
(Credits to Deviantart for the image)
Istighfarlah kamu, kerana ia bukan sekadar penghapus dosa tetapi ia adalah satu button untuk refresh iman dan refresh hati. InsyaAllah.
Love,
riff




masyaAllah..indahnyaaa mimpi tu riff. kalau awak berniqab satu hari nanti, mesti comel kan.? berseri je walaupun kita ni x cantik :) moga Allah permudahkan niat awak tu. xpe, there's always rooms for improvement :D
ReplyDeletehehehe. indah kan? tapi lebih indah jika ia menjadi realiti. kit berserah sahaja pada Allah SWT. sesungguhnya kita ni bukan siapa siapa, hanya hambaNya. thank you calmehan. insyaAllah :)
ReplyDeleteameen ameen. mudah-mudahan menjadi realiti satu hari nanti :D
ReplyDelete