December 15, 2012

the past

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,

Bismillahirrahmaanirrahim. As far as I concerned, I have stated my blog title as "diariseorangpentaubat". I do too, have sinned. A lot. We all are. Tapi adakah kita tahu, sejauh mana kita sedar akan kesilapan kita? We can call ourselves a "repent sinner" but how deep is the thought towards our behavior, or even our heart?

Kalau nak dikenang segala kesalahan aku selama aku hidup lebih dua dekad, ya Allah. Tangisan taubatku tidak mampu meleraikan satu persatu dosa dosaku. Kalau nak dihitung berapa banyak aku bertaubat, cukup mustahil aku mampu menggapai perhitungan taubat Nabi Muhammad SAW (aku pernah terbaca, 100 kali sehari. Wallahualam.) Sejujurnya, aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup serba serbi. All praise to Allah SWT. Tapi aku kurang didedahkan secara mendalam, tentang islam. Hidup aku dipenuhi kelalaian yang aku sendiri cipta, walaupun dilarang keluarga. Aku seringkali menitiskan air mata tika terkenang. Astaghfirullahazim.

 (Credits to google for the image)

Tibalah satu saat, dimana segalanya terlerai dihadapan mata. During that time, honestly, I don't bother about solah. Everytime someone reminds me to do so, I will brainstorm all the reasons I could give which eventually (when I am out of idea), I told them I'm on menstruation. Astaghfirullahalazim. Truth is, aku tak pernah khatam Al-Quran ketika itu. Indeed, tak pernah. Selalunya separuh jalan. Tak lebih dari half, aku berhenti dan kemudiannya mula balik. And it keeps going on and on and on. Alhamdulillah, dengan rahmatNya, aku dah beberapa kali khatam Al-Quran sekarang.

Back to the story, kenapa aku terpaksa cerita tentang Al-Quran itu. Waktu itu, malam tahun baru nak masuk 2011 (ya, baru lagi) aku tiba tiba digerakkan hati dengan satu azam baru yang aku tak sangka. Aku berjanji pada diri sendiri, "I want to at least once, khatam Al-Quran for my 2011 resolution. No matter what it takes, I will fulfill it." Tapi aku terfikir, kalau nak baca Al-Quran, kena berwudhuk dan menutup aurat. Lebih afdhal apabila menghadap qiblat (aku tahu masa itu pun sebab adik aku tahfiz). Thus, to fulfill it, I decided to start doing solah. I always thought that nak khatam Al-Quran ni takes a lotttttt of time. Jadi masa tu, aku gigih solat, then recited Al-Quran. Secara tak langsung, aku belajar untuk solat.

Hari makin hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, aku merasai kemanisan bersolat. Dan kemudiannya aku menjadi lupa tentang azam 2011 aku tu. Sebab niat aku dah berubah. Bukan untuk khatam semata mata, tapi kerana kemanisan melakukan semua itu. Kemanisan melakukan solat, kemanisan membaca Al-Quran. Kemanisan apabila dekat dengan Allah SWT. Tanpa aku sedar, aku khatam Al-Quran few moments after July 2011. Disaat aku merasai kemanisan iman, aku sedar, hidayah Allah SWT sudah tiba. Masa aku sudah tiba. Dan aku bersedia menjalani kehidupan baruku, Lillaahita'aalaa.

 (Credits to google for the image)

The moral of the story is, kadang kadang hidup ini terpaksa. Segala yang wajib itu selalunya terpaksa. Ada ke kita nak sihatkan perut dengan poopoo, kita tak teran poop tu? Okay, contoh yang tak munasabah. Contoh lain! Kalau satu hari, kita di call adik beradik kita, mengatakan ibu kita dah tenat dalam sakitnya (nauzubillahminzalik) dan memerlukan wang sebanyak RM 30 untuk pembedahan esoknya (contoh sahaja). Kita cuma ada doploh sen sahaja. Nak balik kampung apatah lagi. Adik beradik semua sekolah lagi. Abah pulak dah tak larat nak bekerja. Hanya kita tempat bergantung. Adakah untuk membantu, kita tidak memaksa diri mencari rezeki bagi pembedahan itu? Terpaksa melakukan sesuatu kerana Allah SWT itu perkara biasa. Kita ini bagaikan kambing kambing dalam ladang yang diternak seorang pengembala. Pengembala itu seperti Sang Pencipta kita. Kambing tiada hak untuk makan rumput kambing lain, kerana pengembalanya telah menetapkan hal itu. Kita tidak punya hak untuk memilih. Kita hanyalah milik Ilahi. HambaNya.

It's a new start for me. I am still learning. I am still a sinner. And I will always repeatedly be a repent sinner. Bermulalah satu episode kehidupan baru bagi aku, sebagai seorang yang baru terbuka mata hatinya. InsyaAllah.

Love,
riff

2 comments:

  1. every righteous person has a past, and every sinner has a future.
    "All the sons of Adam are sinners and the best among the sinners are those who repent (Ahmad)"
    keep it up riff! im supporting u! :)

    ReplyDelete
  2. thank you so much calmehan. appreciate it much. :)

    ReplyDelete