Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,
Bismillahirrahmaanirrahim. When I woke up this morning, I was so excited to keep on blogging. I supposed that's what all new bloggers feel? Leulz. Anyways, why do I feel rather excited, is that I reminisced the exact moment when I started to wear hijab, for good. This entry is a bit longer. Here goes nothing.
(Credits to google for the image)
When I was young, I don't wear hijab. I love music so much that my parents bought me a radio. Well, masa tu gempak jugaklah kalau ada radio sendiri. Zaman zaman phone nokia baru nak ada camera gituww. (not saying I'm old though) Masa tu aku baru lepas balik tuition. It was dark, my parents pick me up as usual. While in the car, suddenly mama said, "kalau nak radio, kena pakai tudung." My reaction was :OOOOOO
"Seriously mama, bertudung?" Berkata aku dalam hati masa tu. Truth is, aku tak pernah anggap berhijab itu mampu mencantikkan peribadi mahupun wajah. I thought it was soooo lame and outdated. I also thought that it will decrease my self-esteem (which masa tu memang dah sediakala rendah self-esteem tu) But on the same time I was happy, because I got a present. A radio! Yeay! Lepas dah dapat radio, macam biasa. Manusia, lupa daratan. Aku tetap tidak berhijab. Masa ni bermulalah satu episode baru bagi aku, dimana aku sentiasa berdusta dalam keikhlasan aku berhijab. Aku sering berdendam pada mama abah. Sebab? Dipaksa berhijab.
Pernah satu ketika tu, semua orang dah excited nak balik kampung. Aku tak nak balik kampung. Aku mogok. Sebab kalau nak balik kampung, kalau nak keluar dari rumah, WAJIB BERHIJAB. Nampak betapa aku tak nak berhijab? Lepas mama marah marah aku, aku ambil sehelai tudung, dengan tak saterika, aku sarung. Dah macam anak dara terbiar, berhijab tapi selekeh. Tak tipu. Hari makin hari, banyak mogok yang aku buat sampai mama dah tak larat nak marah marah dah.
The feeling of internal-riot decreases when I entered university. Well, what I can say that particular moment was, I'm freeeee! I went to class, wearing hijab. Elsewhere, I simply don't. I'm pretty not sure why I do so. But I just did. Long story short, one unexpected-rather-forced-to-live day, someone introduced me to a community. Masa tu aku terkesima juga, sebab ramai berhijab! Pelik. Itu apa yang aku rasa. (fyi, itu bukan usrah atau apa apa islamic community) That someone brought me to get to know them one by one, and they were so confident with themselves. Lagi aku pelik. Mereka bukan calang calang orang. Mereka orang yang berjaya. Wanita wanita yang mampu bercakap dikhalayak ramai and influence them to become someone better (macam Oprah) and the best part is, mereka berhijab! Remember the time I thought ladies with hijab decreases self-esteem? Masa ini, pandangan aku pertama kali, berubah. Aku tidak lagi ada tanggapan macam itu. Tanggapan itu pudar selari dengan perkenalan aku dengan mereka. Allahuakbar, pelbagainya hikmah Allah dalam perjalanan menuju cintaNya.
Tiba tiba terdetik dalam hati aku, aku nak betul betul berhijab. Jadi aku berhenti berhijab secara yoyo (eh betul ke yoyo), well you get what I mean. Aku lebih serious dalam pemakaian hijab. Walaupun bukan bertudung labuh, aku cuba. Masa tu, aku baru mula merasai, kebaikan berhijab. Level of confidence aku meningkat, aku rasa protected. Baru aku faham, kenapa Allah SWT mewajibkan hijab. Bila ikhlas tu ada dalam melaksanakan perintahNya, kamu akan merasa kelebihan melakukannya. Kemanisannya. O Rabb, I thank You so much for the bestowed chance for me to change to become someone better, though its tough for me, I am very grateful. Alhamdulillahirabbil 'aalamin (Segala puji bagiMu ya Allah, Pencipta semesta alam) Thank you so much to mama abah, for all the troubles I caused you, to change me. I am purely sorry. Forgive me for I have sinned you, a lot.
(Credits to google for the image)
Moral of the story is, as my last post, terpaksa itu biasa dalam melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Aku mula berhijab dalam keadaan sangat terpaksa. Keikhlasan aku berhijab tidak ada. Zero! Nil! Empty! Kosong! NA! (nampak tak? ekekek) Tapi akhirnya aku belajar untuk ikhlas, kerana Allah SWT. Allah SWT telah membuka mata hatiku. Betapa besarnya cinta Allah SWT pada aku. Bagi awak awak yang masih tidak bertudung, aku bukan nak paksa berhijab. Tapi ingat, "perintah Allah SWT tidak menunggu terbuka hatinya. Perintah Allah SWT tetap perintahNya." Aku juga pernah baca, "masakan kamu mengatakan kamu masih belum mendapat hidayah berhijab, sedangkan hidayah itu sudah lama hadirnya, dalam Kalamullah." Beringatlah. Tidakkah cemburu dengan aku kerana Allah Tabaraka wa Ta'aala telah mengikhlaskan hati aku berhijab? You can too. Perhaps even better! InsyaAllah. Semoga bermanfaat!
Love,
riff


No comments:
Post a Comment