December 18, 2012

the tragedy

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,

Bismillahirrahmaanirrahim. Lewat malam aku publish entry ini. Mungkin sebab aku tak mahu mengingati kembali tragedi itu sambil meluangkan masa bersama keluarga. Kerana pasti, air mata rinduku akan tetap menitis. I don't want my family to see how it is hard for me to move on with this. This story is about my beloved brother. Elder brother to be precise. This is a true story, happened to change our life, for good.

It was rainy on June 28th, 2010. Azan zohor berkumandang. Aku masih ingat waktu itu, aku dan abanglong sedang leka menonton televisyen. Azan zohor diendahkan. Entah kenapa, aku benar benar lalai waktu itu. Abanglong cuti semester dan abah outstation di Bangkok. Tiba tiba abanglong mengadu, "tangan kanan orang lenguh lah. Kenapa eh agak agak?" Aku pun dengan selamba menjawab, "salah tidur mungkin." Sedikit terlerai kerut didahinya, reda risaunya kalau kalau tangannya ada masalah. Waktu berjalan dengan pantas, kelihatan abanglong sering mengurut urut tangan kanannya. "Lenguh lagi ke?" getus hati aku, risaukan keadaan abang aku. Azan maghrib berkumandang, dan aku terdengar abanglong mengadu pada mama tentang tangan kanannya. Mama risau mungkin, jadi mama sapukan minyak angin pada tangan abanglong (waktu tu aku cemburu, sebab mama tak pernah urut badan aku. Heee)

Because of my jealousy, I decided to leave the living hall and be in my room for maghrib. Well, to tell you the truth, I often get jealous simply because I always thought that my parents are being unfair. I always thought that I am not treated equally with my elder brother. It was my mistake. Astaghfirullahalazim. Abanglong ada desktop, game dia best best woo. Jadi bosan bosan aku main game dalam bilik dia. Tiba tiba abanglong masuk, "keluarlah!" Sambil menumbuk pintu biliknya dan mengomel sendirian "dah ah tengah sakit ni." Terkejut aku. Pertama kali dia sekasar itu. Aku yang tergamam, terus meninggalkan biliknya sambil game aku dipausekan. Panic attack membuatkan aku blurr sampai tak sempat off pc.

That night, I slept late. It was 1.00 am. I'm hearing music through my phone using earphone. The volume is rather high thus I can't really hear anything if someone calls me from outside the room. Suddenly, I heard someone knocks my door. Since I can't really hear anything, I thought it was my imagination. Nak dijadikan cerita, mama used to told me kadang kadang tengah malam mama dengar ada orang knocks her door. Tapi bila tengok tak ada orang. (yeah! In my house of course!) Jadi time tu aku dengan gigihnya turn up the volume sebab aku takut. Dalam hati "alamak, malam ni aku kena kacau ke? Tak tak, imagination je ni." Bila volume dikuatkan, sipi sipi je aku dengar ketukan pintu aku.

Tiba tiba, "(bom bom bom!) riff! Abang kau ni! Cepat tolong! Dia dah pengsan!" ketukan pintu bilik aku kuat beserta suara mama bergema dalam keheningan malam itu. Bulu roma aku naik mendadak, rasa risau, takut, macam tak percaya pun ada. Semua perasaan bercampur baur dalam benak fikiran aku sambil langkahku dipercepatkan untuk keluar dari bilik melihat apa yang terjadi. Benar, abanglong pengsan sebelah katilnya. Mama tegur aku, "kenapa kau tak buka pintu masa dia panggil tadi? Lama dia ketuk. Last last baru dia ketuk pintu mama before dia pengsan." Masa tu hati aku terkilan. Abanglong cari aku dulu, minta bantuan aku. Masakan aku lebih takut hantu dari ketetapan Allah SWT. Astaghfirullahalazim. Semua orang panic, adik adik dan mama, kecuali aku. Entah kenapa, aku jenis lebih gemar relaks apabila semua orang tengah panic. Aku suka menjadi yang positif disebalik huru hara. Mungkin itu kelebihan aku. Wallahualam.

Mama dan adik kendong abanglong turun bawah, masuk kedalam kereta. Abanglong seperti nyawa nyawa ikan. Mama suruh aku ikut pergi hospital. Adik adik ditinggalkan dirumah memandangkan mereka sekolah dan college esok harinya. Kami bergegas ke hospital terdekat, SJMC. Dimasukkan ke bahagian wad kecemasan, waktu itu 2.00 am. Doctor tak ada, bak kata nurse. Jadi nurse bagi ubat tahan sakit. Abanglong dah sedar waktu itu, sambil merayu rayu "mak, sakit mak, sakit!" Sebaknya rasa, tapi aku gagahkan diri, sebab aku nampak mata mama mula kemerah merahan, menahan air mata, sayu. Abanglong mula meronta ronta, menendang besi katil hospital sambil menjerit jerit menahan sakit. Perkataan yang sering disebut "rimas" , "sakit" atau "haus". Akhirnya abanglong muntah. Kami tunggu punya tunggu, 4.00 am baru ada doctor! 

Doctor singh tersebut check tak sampai 5minit, dengan selamba dia kata "he is just going through anxiety. Just give him panadol lah. Sorry, we cannot accept this patient because he is too noisy. Maybe you can find other hospital" Darah muda aku mula menyirap kemarahan, bodoh! Hospital paling bodoh pernah aku jumpa. Aku dengan acah acah tenang bertanya, "where do you suggest?" Doctor tu menjawab "PPUM." "How are we supposed to go there? Can't you send using ambulance? Its emergency!" I'm suggesting. "No we can't. You would have to call PPUM and ask them to send ambulance here." Pehhhhhhhhhhhhhhhhh! Masa itu aku dah muak sangat, aku jawab, "Nevermind, by the time the ambulance is here, my brother won't be alive anymore!" I handled everything while mama calms abanglong down. I asked the nurse to bring abanglong into our car and I drove us to PPUM (eventhough I am very not sure where is it, no gps, no idea at all). Dengan izin Allah SWT, aku ikut gerak hati, dan kami langsung tak sesat. Allahuakbar.

Sampai PPUM dah 4.30 am. Walaupun hospital kerajaan, servis mereka mantap! Cepat bertindak. 5.00 am dah masuk CT scan. Keluar masuk keluar masuk Xray room tu berapa kali aku pun tak tahu. Pelik. Abah tak jemu jemu call mama tanya khabar dari jauh. Don't worry abah, I'm here. I can be the leader for the time being. Mama sering menangis, aku sering menenangkan mama. Tiba tiba doctor panggil kami. "Did you give any medicine to him before you get here?" Aku menjawab, "we went to SJMC and the nurse gave him medicine." "Did he vomit?" "Yes, he did." Doctor said, "Vomiting is an indicator that his illness is at a critical stage. Why did the hospital do nothing about it? Anyways, we have scanned his brain fully, and we found out that his vein (pembuluh darah/urat) inside the brain burst." Mama tak faham bahasa inggeris, jadi aku explain kat mama. Masa aku cakap "urat dalam otak putus", tangisan mama sudah tidak dapat dibendung. Allahu. Doctor continued, "We have to do minor surgery to make a hole on his skull to measure the pressure of his brain. It will take less than an hour. Sign here please." Dengan pantas aku tandatangan tanda setuju dan bertanggungjawab atas segala yang akan terjadi. Kami melihat abanglong dibawa ke bilik bedah. Jam menunjukkan 9.00 am.

Waktu berjalan dengan amat perlahan. Kami menanti dengan penuh sabar. Jam menunjukkan 1.00 pm. Pelik, kata kurang dari sejam? Tiba tiba nampak kelibat adik adik aku dan saudara saudara dari kampung. Terubat sikit rasa gelisah yang membelenggu aku dan mama. Tepat jam 4.00 pm, doctor memanggil kami. We were so curious on the reason why does it take longer than what have been told, the doctor explained "we did make a hole on his skull, to measure the pressure of his brain. But by the time we get the readings, it is too late to ask for permission to do major surgery. If we didn't act fast, he might not be here anymore." We asked, what kind of major surgery? Doctor replied, "we removed part of his skull (approximately size pinggan cawan teh) to give his brain space to expand since it is swollen critically." Aku explain pada mama dan nenek, dan kemudiannya nenek meraung "ya Allah cucu aku!" dan semua orang menangis mendapat berita itu. Aku tenang. Memakan segala rasa pahit dalam hati. Abangku. Salah satunya abangku..


Abah minta flight awal malam tu. Abah reached PPUM after maghrib tak silap. Mama hugs abah while crying. Dan masa itu, aku mula menitiskan air mata. Doctor returned the partially-removed skull to us untuk ditanam. Pembedahan berjaya. Alhamdulillah. Abanglong stayed in the ICU for more than 3weeks. Permulaan baru bagi keluarga kami. Abanglong wont be abanglong anymore. Things will change. Drastically. He too partially paralyzed, on the right side of his body. Besarnya dugaan Allah SWT pada abanglong dan keluarga kami. Abanglong stayed in the hospital for more than 3months. Doctor benarkan abanglong keluar awal, sebab nak raya Aidilfitri.

I have lost the most trustable man in my life, abanglong. He used to be the only person I talk to, about life, about love. He's always there, melayan kerenah adik dia seorang ni. I'm his only sister, and we're like buddies forever. Tapi Allah SWT dah tarik nikmat itu dari aku. Aku redha akan takdir Allah SWT. Pada mulanya aku tidak mampu untuk senyum. Aku terlupa apa itu gelak tawa. Aku sering dibayangi mimpi bahawa sebenarnya abanglong sihat, boleh berjalan macam biasa, boleh bercakap macam biasa. Tapi hakikatnya, tidak. Segalanya berubah. Dia ada diantara kami, tapi dia tak ada diantara kami. Jasadnya bersama kami, tapi jiwanya lenyap dimakan penyakitnya itu. Kehilangan seorang yang dikasihi itu perit. Kematian itu memang memeritkan, tetapi kematian jiwa seorang yang disayangi walaupun jasadnya masih berada bersama kita itu lebih perit. Hanya Allah SWT yang tahu betapa aku rindukan abanglong. 

Setiap hari melihat perkembangannya, menanti satu keajaiban kalau dia kembali kepada abanglong yang asal, yang sering gelak tawa bersama aku dahulu. Yang sering menjadi orang yang menjaga aku dengan baik. Harapan itu semakin lama semakin pudar dimamah masa. Tidak mungkin dia kembali kepada asal. Dan aku harus belajar menerima abanglong yang baru, yang tidak lagi menjadi abang kepada aku, tetapi aku yang menjadi 'kakak' kepadanya, menjaganya dengan kasih dan sayang. Makan, pakaian, mandi, berak, semua perlu diatur. Mujur mama masih kuat, mama yang cuci dan mandikan abang. Aku malu. Dan abanglong pun malu. Tapi alhamdulillah, sekarang semua dia boleh buat sendiri. Cepat abanglong menyesuaikan diri.

O Rabb, if I have ever failed to stay in patience throughout the time I took care of him, forgive me Allah. I'm a normal human being, I tend to lose my temper and I'm truly sorry. I love my brother so much. Bestow him the peak of health, and forgive his past sins. My family and I learned a lot through this lesson of life. To list down everything will take years! But we are very grateful, that after all these tests, we have become someone better each day. Alhamdulillah. Bestow him Jannatullah, as the best sins disposal is through illness. InsyaAllah. Tak sangka, perkataan "keluarlah!" waktu aku diusir dari biliknya, adalah perkataan terakhir yang aku dengar dari dia ketika sihatnya. Bukan marah, bukan juga terkilan. Hanya terkenang. Berharap akan sinar harapan, merasai kasihnya seorang abang, sekali lagi. O Allah Tabaraka wa Ta'aala, I miss him. I miss abanglong...

Love,
riff

No comments:

Post a Comment