December 18, 2012

the Quran

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,

Bismillahirrahmaanirrahim. Throughout the day, I keep thinking, what's for lunch? What's the meal today for the brain? Most people choose twitter. I used to choose twitter too. "The cause of brain fatigue in long term nowadays is mostly social networking. Scientifically proven." But then I decided to post an entry. The meal for my brain today. InsyaAllah. Kita sebagai seorang muslim mesti pernah sekurang kurangnya sekali membaca ayat ayat Quran. Masa kecil, baca depan mama, atau abah, atau cikgu mengaji sambil rotan terletak bahagian kanan tempat mereka duduk. Seram. As my last post, I have stated about khatam Quran. But this time, it's not just about khatam, it is simply much deeper than that.

(Credits to google for the image)

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah baca buku tentang agama selain dari buku teks agama sekolah dan buku tertib solat warna hijau untuk perempuan yang ada kartun pakai telekung tu. Jujur. Dirumah ada banyak buku agama, abah pernah belikan buku tentang syaitan dan neraka. Tapi aku tak pernah faham intipatinya, jadi first page je aku baca lepastu entah mana aku campakkan buku itu. Astaghfirullahalazim. Sejak aku mula baca Quran secara serious tahun 2011, dan khatam shortly after July 2011, I continued to recite Quran, but a bit slower since I don't want to rush my readings. Afraid to have multiple reading errors (aka read-po I guess?).

Early 2012, my readings are not exactly half of the Quran yet. I stopped at a certain page, I can't really remember which surah to mention here. And then suddenly, abah gave me a present, a new Quran with tafsir. Alhamdulillah. It was huge! I was so happy because the current Quran am using dah usang, tercabut cabut cover page dah. Tapi tulisannya masih jelas dan boleh dibaca. Itulah abah kata, "walau macamana lama pun sebuah Quran itu, Allah SWT pasti akan menjaga ayatNya dengan baik. Kita sering risau kalau kafir laknatullah mengubah potongan potongan ayat didalam Quran, tetapi mereka tidak akan pernah berjaya! Kalau nak, dari dulu lagi Quran dah terpesong. Tapi kenapa masih suci? Kerana Allah SWT menjaganya dengan baik beserta dengan lahirnya ramai Hafiz Quran saban hari. Allahuakbar."

Muka surat yang aku berhenti dari Quran lama itu, aku tanda di muka surat Quran baru. Sebagai permulaan bacaan aku, sambungan dari bacaan sebelumnya. Tak sabarnya nak tahu terjemahan Quran. Selama ini baca ayat Quran tapi tak faham maksudnya. Tapi lepastu aku menstruation. Jadi aku tak dapat nak mulakan bacaan pada Quran baru. Ada satu detik di hati yang sering bermain dibenak sanubari, aku tak faham pada mulanya. Dan kemudiannya aku mencari jawapan, dan baru aku mengerti, rupa rupanya hati kecilku selalu mendesak, "aku nak tahu tentang syurga Allah SWT." Entah kenapa tiba tiba aku rasa macam itu. Tetapi bagaimana?

Waktu itu, ada voucher buku (thanks to our PM, DS Najib Razak) yang aku masih belum guna. Aku terfikir, ahha! Buku! Malam itu juga aku ajak adik aku untuk teman aku pergi Giant terdekat, untuk mendapatkan buku tentang syurga. Ada MPH disitu. Gigih. Grab my car keys and drive through the rain just to find the book. Tak sabarnya rasa masa itu. Cari punya cari, terjumpa satu buku tersorok disebalik susunan buku buku gah yang lain. Nipis. Hijau. Aku tarik buku tu dan melihat tajuknya, "Malam Pertama di Alam Syurga." Aku tak fikir panjang, aku terus bayar. Drive home dan mulakan bacaan since aku tak boleh nak solat. Ya Allah SWT, indahnya syurgaNya. Indahnya nikmat syurga 'Adn. Air mata insaf dan haru seringkali membasahi pipi tatkala membaca buku itu. Besar betul impak buku itu pada diri aku. Aku lebih mengerti, apa itu syurga yang selama ni sering dibayangi hanya "bukit bewarna hijau, sungai susu ditengah dan awan yang seperti sunset" dan bayangan itu lahir dalam minda kerana dulu masa sekolah rendah, ada painting kat dinding sekolah tertulis "sekolahku, syurgaku" and then gambar seperti bayangan aku itu. Tak sangka terlekat pula bayangan itu dalam minda aku waktu kecil sehingga kini.

Aku menghabiskan bacaan buku itu tak sampai seminggu. Setiap masa terluang aku gunakan untuk membaca. Susah nak elakkan diri dari tidak membaca buku itu. Dan kemudiannya aku dah boleh solat. Aku mula untuk membaca Quran baru itu. Target aku, setiap usai solat fardhu, aku akan baca dua pages beserta terjemahannya. Aku baca dua mukasurat ayat Quran. Seterusnya aku baca terjemahan untuk dua muka surat itu. Ya Allah! Terkejutnya aku waktu itu! Air mata aku mengalir deras. Besarnya kuasa Allah SWT.

(Credits to twitter for the image)

Rupa rupanya, ayat pertama yang aku baca memberitahu tentang syurga Allah SWT. Dan aku selak page sebelum nak tengok terjemahan, tiada tentang syurga, cuma ayat akhir aku baca sebelum tukar Quran, sedang menjelaskan tentang adanya syurga dan neraka. Ya Allah ya Tuhanku. Ternyata getus hati aku waktu itu yang tidak mengerti tentang rasa yang bermain main difikiran adalah perasaan jiwa aku yang menggertak aku untuk menyambung bacaan Quran. Gertak hatiku, ternyata selama ini, ia faham maksud Quran. Cuma kita secara zahirnya tidak mengerti dalam bahasa arab. Ya Allah. Tangisan aku tidak berhenti kerana kagum dengan kebesaran Allah SWT.

Aku sering bertanyakan diri sendiri, apakah aku layak mendapat hidayahNya setelah sekian lama aku meninggalkan perintahNya? Ternyata cinta Allah SWT itu lebih besar dari murkaNya. Allah SWT itu maha penyayang lagi maha mengasihani, ar-Rahman ar-Rahim. Aku benar benar insaf waktu itu. Baru aku benar benar mengerti apa itu cinta. Apa itu kebesaran Ilahi. Apa itu rahmatNya. Subahanallah walhamdulillah walaailaahaillallah wallahuakbar. Benar, hidayah itu datang tanpa diduga. Tetapi hidayah itu perlukan usaha. Hanya dengan keajaibanNya sahaja hidayah itu akan dikurniakan kepada kita tanpa perlu usaha. Bagi kita yang biasa biasa ini, berusahalah. Mungkin rasa terpaksa, tapi terpaksa itulah yang bakal menjadi tunggak utama yang menyelamatkan kamu dari nerakaNya.

Sedarkah kamu, ketika kita mendengar bunyi haiwan, apabila angin bertiup di antara dedaun pohonan yang rimbun, mendengar bunyi bunyi alam, terdetik ketenangan dihati? Desa, kehijauan, alam flora dan fauna tidak pernah jemu untuk diamati, untuk didengari, untuk dinikmati. Pernahkah kamu bertanya, kenapa rasa tenang? Kita sering diberitahu, setiap waktu, setiap saat itu, haiwan haiwan dan tumbuh tumbuhan tidak pernah berhenti berzikir. Dan kita juga sering diingatkan, dengan hanya berzikir dan mendekatkan diri denganNya, kita mampu mencapai ketenangan yang kita cari selama ini. Apa perkaitannya?

Jiwa kita, roh kita adalah satu dengan semua yang ada dalam bumi ini. Antara semua ciptaanNya. Kita tidak sedar kerana akal kita tertumpu pada yang zahir. Jiwa dan roh kita faham segala bentuk zikir, dan ayat Quran itu sendiri difahami, melalui pengalaman aku yang baru aku ceritakan. Apabila berada dekat dengan ciptaanNya yang tidak jemu berzikir, kita akan berasa tenang. Kerana jiwa kita mengerti zikir yang dilaksanakan flora dan fauna. Benar. Kerana kembali pada jalan yang benar itu ketenangan. Dan kembali berada diantara yang benar itu jugalah ketenangan. Allah SWT itu maha mengetahui apa yang terdalam. Semoga kita sentiasa tergolong diantara orang orang yang dekat denganNya, yang tidak lupa berzikir dan mengamati zikir padaNya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

Love,
riff


No comments:

Post a Comment