Bismillahirrahmaanirrahim. The sacred affection. Love.
(Credits to Deviantart for the image)
I promised myself on the day this blog was born, that I will never post anything regarding love. Talking about love is sooo mainstream sometimes it seems so geli geli. But then when I think back, most people don't understand what love means. I don't too. At least I'm still learning to be one. To understand the true meaning of love. Tanpa mengertinya seseorang itu terhadap cinta pada yang Esa, tidaklah seseorang itu mengerti, apa itu cinta sesama ciptaanNya.
First thing first, ask yourself, do you love Allah SWT? Yes. How do you know? What did you do to prove that you are? Have you done something extraordinary towards His creation because of love, but not to Allah SWT? Sanggup bersengkang mata untuk orang tersayang sebab kengkonon sweet nak teman dia peyedpain tetengah malam. Flashback, berapa kerap kita bersengkang mata ditengah malam untuk bertemuNya? Aku ada baca, Allah SWT akan turun pada langit terdekat dengan kita pada awal 1/3 malam. Pada akhir 1/3 malam, which is usually waktu sahur, Allah SWT akan menyeru pada sesiapa yang meminta pengampunanNya, maka pasti akan ditunaikan. Wallahualam.
Adakalanya orang bercinta ni, (yeke adakala?) bangun pagi, check phone dengan penuh harapan ada goodmorning wish dari buah hati, atau wake up call dari orang yang diharapkan. Tapi berapa banyak kali kita bangun pagi, check masa berapa minit terlepas subuh? Berapa minit lagi nak subuh kot kot sempat tahajjud? Berapa lewat dah bangun sehingga rezeki kita tertutup oleh Allah SWT? Masih sempatkah untuk solat sunat dhuha? Ada. Tapi tak ramai. Bila melakukan tindakan yang buah hati buchuk buchuk tak suka, punyalah gelabah arnab. Bila terbuat dosa, gentarkah hati kita? Kalau sengaja buat dosa apatah lagi. Astaghfirullahalazim.
Aku adalah seorang yang tidak pernah memahami, apa itu cinta untuk Allah SWT. Tapi aku sering bertanyakan diri sendiri tatkala aku melakukan sesuatu yang istimewa buat buah hati, adakah aku pernah berlaku sesweet itu terhadap Allah SWT? I call it boundary to myself. I put limit to myself simply because I want to love Allah SWT more than I do to others. Bukan aku tidak cinta, tapi mencintai Allah SWT lebih dari yang lain, mampu mendekatkan orang orang yang aku sayangi kepada Allah SWT. How? Only Allah SWT knows how. Setiap ukiran doaku sering dibayangi orang orang yang aku kasihi, tidak mampu aku melihat tangisan dan rayuan mereka jika mereka tidak dikurniakan syurgaNya. Nauzubillahminzalik. But setelah beberapa lama aku perhatikan, ternyata, memang ada kelebihannya apabila melebihkan Allah SWT dalam segala hal.
I posted about how I started to wear hijab. But I didn't change drastically towards my attitude and my attire. I still wear short sleeved shirt with tudung, tight pants. To tell you the truth, bukan tak tahu, tapi hati terasa kosong. Cinta pada Allah SWT itu pudar. Atau mungkin tidak ada. (Jadi jangan terlalu mengecam pada mereka yang bertudung tetapi tidak sempurna penutupan auratnya, mereka sama seperti aku yang dulu) Hidayah Allah SWT itu tidak datang sekaligus. Ia berperingkat. Tetapi makin lama aku mula sematkan cinta itu. Cinta padaNya. Aku belajar menutup aurat dengan sempurna. MencintaiNya dengan sepenuh hatiku. Aku lebihkan Allah SWT dalam segala hal.
Pada mula penghijarahan aku, ramai mentertawakan aku. Ada yang kata aku pendakwah dan kemudiannya gelak beramai ramai. Ada yang panggil aku ustazah secara sinis, UAI versi wanitalah, ada juga yang kata aku berpura pura alim. Aku teringat salah seorang mereka berkata dikhalayak ramai, "fuyoo, tudung ustazah siak! Pakai stoking lagi!" Pernah juga waktu balik kampung dan ada tetamu, "kau kenapa tak buka tudung? Nak berdakwah kat sini pulak ke?" Itu sedikit yang aku ingat. Aku dah lupakan banyak. Itukan cuma cara Allah SWT menguatkan iman aku. Waktu awal penghijrahan aku, tangisan setiap malam itu perkara biasa bagi aku. Tangisan itulah yang menguatkan hari hariku menempuh dugaan dan kecaman orang terdekat dalam perubahan aku. Tapi aku tahu, Lillaahita'aala.
(Credits to Deviantart for the image)
Hari demi hari, mereka mula terbiasa dengan penampilan baru aku, dengan perubahan akhlakku, dengan setiap kata kataku yang cuba sedayanya untuk tidak berkata kosong, seringkali mengingatkan mereka tentang keberadaan Allah SWT. InsyaAllah. Dan tiba tiba, aku melihat mama mula memakai stoking. Ya Allah, hatiku benar benar tersentuh. Aku bersyukur yang amat apabila orang orang yang aku sayangi mula menunjukkan perubahan, sejak aku mula berhijrah. Alhamdulillah. Itulah maksud aku, adalah apabila kita melebihkan Allah SWT dalam segala hal termasuk cinta kepadaNya, akan pasti Allah SWT akan mendekatkan orang orang kita sayangi kepadaNya. Aku bukanlah pendakwah, hanya tercari cari jalan pulang kepadaNya.
Cinta itu suci. Cara mudah mengingatkan diri untuk tetap cinta kepadaNya adalah menganggap Allah SWT itu sebagai kekasih hati kita. Cemburu, rindu, sabar, sanggup berkorban; antara perasaan perasaan yang timbul ketika bercinta. Dan jika perasaan itu tiada untuk Allah SWT, nilailah kembali cintamu. Apa itu cemburu? Sesungguhnya ada tiga jenis cemburu. Cemburu kepada Allah SWT, cemburu kerana Allah SWT dan cemburu yang disuntik syaitan laknatullah. Cemburu kepada Allah SWT adalah apabila kita melihat orang lain bertungkus lumus mengejar cintaNya dan kita berasa tidak selesa kerana kita tidak melakukan sebaik itu lantas berubah kearah kebaikan. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia." Cemburu kerana Allah SWT itu adalah apabila kita melihat orang lain mempersendakan atau mengingkari perintahNya, kita berasa tidak senang dan berusaha sedayanya untuk amal makruf nahi mungkar. Sepertinya apabila suami diherdik atau tugasan yang diberikan suami ditinggal tinggalkan kakitangannya, isteri berasa tidak selesa kerana suaminya diperkotak katikkan. Cemburu yang disuntik syaitan laknatullah selalunya terselit sangka buruk dan membawa kepada keburukan dan rasa marah. Cemburu ini adalah cemburu yang Allah SWT murka, dan mampu menghumban kenerakaNya. Nauzubillahminzalik.
Rindu. Rindu berada dekat denganNya. Rindu membaca ayat ayatNya. Rindu keberadaan Allah SWT. Rindu melihat wajahNya. "Sesungguhnya tidak ada kesabaran diperingkat tertinggi melainkan sabar untuk melihat wajah Allah SWT di Jannatullah. Dan tiada yang lebih baik dari segala nikmat yang dikurniakan disyurga 'Adn, melainkan nikmat melihat wajahNya." Rasailah rindu itu. Sematkan rasa itu. Nescaya kamu akan merasai lebih makna dalam amalmu keranaNya. InsyaAllah. Sabar dan sanggup berkorban adalah apabila kamu sabar dalam menempuh dugaanNya dan sanggup berkorban dalam menggapai cintaNya. Banyak lagi contoh lain. Tetapi indahnya jika kita sendiri ambil masa dan nilai cinta kita padaNya. (Kalau tak nanti panjang sangat entry kalini. Takut pulak membosankan. Leulz)
(Credits to Deviantart for the image)
Moral of the story, terkadang seseorang itu bukan tidak mahu menjalankan segala perintahNya, tetapi hatinya kosong dari cinta. (dah. Tak payah nak menyanyi lagu najwa latip, kosong pulak) Cinta itu membawa kepada kebaikan. Cinta itu suci. Hanya syaitan laknatullah yang menjadikan cinta itu disematkan nafsu dan keburukan. Cinta itu seperti bayi. Harus dijaga, dididik, dikawal dengan rapi dan dibelai tuannya dengan baik supaya ia mekar sebagai cinta yang suci dan membawa kepada banyak kebaikan. Jangan sesekali membiarkan sahaja rasa cinta itu, kerana pasti syaitan laknatullah akan mendidik cinta itu dan membesarkan cinta itu dengan segala bentuk keburukan. Nauzubillahminzalik. InsyaAllah, semoga kita sentiasa ditempatkan diantara orang orang yang sentiasa suci cintanya, Lillaahita'aala.
Love,
riff



No comments:
Post a Comment