Bismillahirrahmaanirrahim. I'm supposed to be packing right now since tomorrow am going to Ipoh for family vacation. But then I decided to start packing tomorrow morning. Super lazy. Hopefully I didn't left out anything important especially my inhaler (yes, I suffer minor asthmatic disease). Anyways, back to the main reason why I post this entry. Education. Throughout my life, I have gone through few stages of education circle and indeed, it's not as easy as it seems. Here goes nothing.
(Credits to Deviantart for the image)
During kindergarten, there's not much to say since its all basically A B C , do re mi, alif ba ta. Yes, everyone knows that. Same goes to my primary school. I went to two different primary schools. One in a very rural area, and suddenly we moved to town, in Selangor. The education level was very much conducive compared to the rural area, but the students are not. More or less, they're just basically too rich to befriend with. Blergh. I wasn't that much of a brainy during my primary school. Ada sekali tu, aku dapat nombor 26 (dalam kelas darjah dua kalau tak silap) out of 32. Aku gembira sakan! Bila orang tanya, "kenapa dapat 26? Teruk tu. Sepatutnya nombor 1." Lepastu aku blurr, aku yang masih kecil tu menjawab, "26 lah bagus. Banyakkkk nombor. Nombor satu sikit. Orang taknak sikit sikit. Tapi orang sedih sebab tak dapat nombor 32. Kawan orang tu pandai, dapat nombor paling banyak." Aku kalau teringat balik apa aku pernah cakap tu, rasa nak gelak. Nampak tak yang aku ni blurr dari kecil? Leulz. UPSR aku pun ala kadar. Alhamdulillah.
Move on to secondary school, remember I mentioned about how I was terribly bullied? And of course, it sort of ruined my education. I wasn't that much of a brainy too, until I entered form 2. Kalau kat sekolah, ada ujian tiga kali kan? Lepastu ujian akhir tahun. First ujian, aku dapat nombor 1. Masa tu, terkejut aku bukan kepalang. Tak sangka. Ujian kedua nombor 2. Ujian ketiga nombor 1. Tapi bila masuk ujian ketiga, aku mula ada kawan baik. Tetapi dia seorang yang sedikit ermmmmmm tidak bijak. Disebabkan aku terlalu tidak ada kawan, waktu ujian akhir tahun I decided to study less. Just so that my marks are ruined and I get a lower grade in class to be in the same class with my 'bestfriend'. Tapi cubaan aku tidak berjaya, aku dapat nombor 2 dalam class. Kurang 0.01 markah purata dari yang dapat nombor 1 dalam kelas. Ruginya, ya Allah.
Waktu PMR, aku yang tidak percaya pada diri sendiri, tak apply pun mrsm. Aku memberi target PMR pada diri sendiri of, 1 A. Jadi aku malu nak apply mrsm, sebab konon perasan budak pandai padahal harapan rendah. Super low self-esteem. Super introvert. Bila dapat result PMR, alhamdulillah! Jauh dari sangkaan aku. That's why people say, "expect less and do more." Masuk form 4, aku pilih subject sains asas. Pure science bak kata orang kampung aku. Biology, chemistry, physics, additional mathematics, itulah yang aku belajar. My parents put high expectation on me to become a doctor, or an engineer. But I prefer to be a doctor. I love helping people. SPM aku juga alhamdulillah, jauh dari sangkaan aku. Sungguh, Allah SWT permudahkan. Mengikut result SPM aku, aku cenderung kearah matematik. Kearah nombor. Aku minat. I'm an analytical type of person. Jadi aku memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan, Bachelor of Electrical Power Engineering, di UNITEN.
UNITEN adalah tempat yang paling susah nak score. Kalau dapat GPA 2.9 tu kira dah boleh sujud syukur dah. Jujur. During my foundation year in UNITEN, aku tak mampu capai pointer tinggi tinggi. Cukup sekadar lepas masuk bachelor. Semester pertama bachelor, aku dihadapkan dengan satu ujian baru. Aku meneroka alam bisnes. Yes, I joined MLM. Balik sampai 2.00 am to 4.00 am itu perkara biasa. Commitment tinggi. Aku hanyut dengan duit. Aku juga hanyut dikelilingi kawan kawan yang aku tak pernah rasa ketika sekolah dulu. It feels so good to be among people who are actually need you. Jadi aku utamakan berada disamping mereka dan komitmen bisnes. Aku sering tak datang class sebab bangun lewat. Solat apatah lagi. Astaghfirullahalazim. Classmate aku semua sangat prihatin. Selalu ingatkan aku tentang pelajaran. Tapi silap aku, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. How can you fill in a cup that is already full? An advice will never give any benefit to those who don't want it. They think they're good enough to handle their life. That was me.
Semester pertama aku, ruined! Ingat lagi GPA aku, 1.89. Ya Allah, masa tu aku nak nangis pun ada. Bersyukur, sebab tak ada subject yang kena repeat. Tapi aku pasti, semester depan aku akan buat yang terbaik. Kononnya. Dapat amaran dari pihak pinjaman pelajaran, jika lagi sekali bawah GPA 2.00, pinjaman aku ditarik. Gentar. Semester kedua bachelor, aku masih sama. Lalai. Final exam UNITEN ni, kalau budak budak boleh jawab tu kira buat lawak lah tu. Soalan semua standard tertinggi, tak boleh diterima akal! Yang peliknya, esok paper final, malam tu 3.00 am baru nak start study. Aku benar benar sudah tidak punya hati untuk study waktu itu. Astaghfirullahalazim. Seperti yang dijangka, aku gagal mecapai pointer lebih dari 2.00. Yes, my GPA was 1.64. Even worse! With two paper failed dan kena repeat. Masa itu aku benar benar menyesal. Terkejut. Kecewa. Tapi menyesal dah tidak ada guna. Pinjaman aku ditarik. Aku dibuang UNITEN. Aku menangis tiada henti. Tiada siapa dapat membantu. Tidak juga kawan kawan MLM aku tu! Mama abah juga yang hadir memberi sokongan. Ya Allah SWT, sungguh besar cinta dan kasih mereka terhadapku. Tetapi aku kecewakan mereka. Tidak tertanggung penyesalan yang aku rasa.
Tapi aku gagahkan juga, aku hantar surat rayuan, untuk menyambung pembelajaran aku disitu. Repeat paper dan naikkan pointer. I decided to quit business and focus on my study. Aku study sungguh sungguh. Tiap tiap petang aku di library, cari bahan ulangkaji baru. Tak pernah jemu. Akhirnya aku dapat GPA above 3.00 untuk semester itu. Alhamdulillah. Yuran semester itu, RM4000++, abah yang tanggung. Terkilan rasa hati aku melihat abah bertungkus lumus mencari wang atas kegagalan aku. Ya Allah ya Tuhanku. Atas rasa bertanggungjawab atas kegagalan aku, aku berhenti UNITEN dengan sukarela. Walaupun aku dapat menaikkan GPA aku. Sebab? Tak sanggup melihat abah derita membayar yuran pengajian aku. Sungguh derhaka rasa diri ini. Astaghfirullahalazim.
Setahun aku duduk dirumah. Waktu itu juga, abanglong sakit. Jadi aku bersungguh sungguh membalas jasa mama abah dengan membantu mereka menjaga abanglong. Waktu berjalan, dan aku tiada hala tuju. Kahwin? Tidak sama sekali. Aku menggagahkan diri untuk sambung belajar. Fikir punya fikir, I decided to continue my study in Accountancy at UNIKL. Kesukaran aku untuk masuk belajar disitu hanya Tuhan yang tahu. Pelbagai dugaan! Sepertinya Allah SWT tidak permudahkan. Tetapi aku beritahu diri sendiri, mungkin itu cubaan Allah SWT sebelum Dia memberi yang terbaik bagi aku. Akhirnya aku berjaya sambung belajar disitu. Dengan major yang aku tidak pernah tahu menahu! I used to think that accountancy is sooo easy. Ternyata aku silap. Cabarannya sama seperti sains asas, cuma bezanya adalah bidang pembelajaran.
Waktu baru masuk class pertama, lecturer tanya aku, "why do you choose accountancy since you know nothing about it?" Aku hanya mampu melemparkan senyuman. Tidak tahu apa yang harus aku jawab. Dan kemudiannya lecturer itu sepertinya faham isi hatiku dan berkata, "Human. They have multiple abilities! You would never know what you are capable of until you start doing it. Utilize it as maximum as possible! I am very sure you can do it, because Allah SWT created our brain not to just focus on one scope of life. Trust me." Dan hatiku menjadi senang dengan kata kata beliau. Thank you Dr. Lan. Aku pegang kata kata itu sampai sekarang. Dan alhamdulillah, aku berjaya membuat mama abah bangga dengan result aku. Lecturer juga terkejut dengan result aku, from zero-to-hero (ecehwah). Tidaklah aku riak, astaghfirullahalazim. Cuma aku bangga dengan pencapaian diri sendiri, kerana aku mampu berada sama taraf dengan kawan kawan aku yang pernah belajar disekolah atau diploma dalam bidang akaun. Malah menjadi antara pelajar harapan lecturer lecturer aku. Alhamdulillah. Tiada daya dan kuasa aku melainkan hanya rahmat dari Ilahi.
(Credits to Deviantart for the image)
Moral of the story is, waktu kamu jatuh, especially dalam pengajianmu, ingatlah. Allah SWT tidak akan menghukum kamu selamanya. Walaupun kelihatan sukar perjalanan kehidupanmu, itulah education of life. We might think that reading books and going to class are much enough to fill in our brain to become someone brilliant, but we are totally wrong. Only by experience, that we learn how to become someone wiser. Allah SWT mungkin menjadikan kita seorang yang bijak pandai disekolah, tetapi kucar kacir di peringkat universiti. Kenapa? Sebab Allah SWT tahu, kita masih belum cukup satu perkara, pengalaman. Pengalaman itulah yang membuatkan kita matang memilih apa yang terbaik bagi kita. Aku tidak mengatakan aku sudah cukup matang, malah aku juga masih terlalu muda untuk mengatakan bahawa aku punya banyak pengalaman hidup. Tapi pengalaman hidup aku membuka mata hatiku dengan lebih luas, mencari kasihnya Allah SWT dalam perjalanan menuju cintaNya. Setiap dugaan yang menimpa, bukan untuk menyukarkan tapi untuk memberi kita pengalaman.
Bayangkan kita nak beli blackberry tapi tiada duit. Kita usaha sedayanya, bekerja siang malam, sakit sakit pun bekerja semata mata untuk mendapatkan duit membeli blackberry (contoh sahaja, materialistik sangat ni), akhirnya kita berjaya memilikinya. Bandingkan dengan kita mendapat blackberry percuma kerana menang pertandingan Kotex hantar hantar plastik Kotex. Dimanakah terletaknya lebih nikmat? Pastinya pada yang kita usaha sekerasnya. "When there's a will, there's a way." Kebahagiaan dan kenikmatan yang dikecapi bukan terletak pada keputusan cemerlang atau destinasi, tetapi perjalanan menuju kepada yang diingini. The journey of life. Tiba satu saat kamu pasti akan faham, apa itu erti "Perancangan Allah SWT". Perancangan Allah SWT itu menyeluruh. Percaya padaNya. Look at the bigger picture of life and you will see all the reasons of His planning. Yes, I see it now. Alhamdulillah. And I hope it will not end here. InsyaAllah. Thank you mama abah, cinta mereka tiada noktah. "Cinta ibu bapa terhadap anaknya tiada tolok bandingnya kerana cinta mereka itu ditiup dari cinta Allah SWT terhadap hambaNya." Teringat juga pesan lecturer aku, Sir Hasyim, "aim for the sky, even if you fall, at least you'll fall on the mountains." Thank you, sir.
Love,
riff



owh.. that's the detailed story. i know shortcut2 je.eheh. totally agreed! we're in the same boat but in the diff cabin. saya nampak perancangan Allah tu bila.... masuk law,kuar law,masuk maktab,kuar maktab and at last masuk sports science. and now, dah boleh achieve highest result la among students here. so family pun dah bole bangga balik dengan saya :/
ReplyDeletealhamdulillah. perlu sentiasa berserah padaNya. ketentuanNya jauh lebih bernilai dari pengharapan dan perancangan kita. ingat, "janganlah kamu meminta minta pada Allah SWT untuk diubah nasibmu kerana Allah SWT itu maha bijaksana, jika Dia tidak mengkehendaki, Dia juga tidak akan meletakkan kamu di dalam nasibmu itu. Takutnya nanti kamu cuma mempersoalkan perancangan Ilahi." :)
ReplyDelete