December 20, 2012

the hidden abilities

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,


Bismillahirrahmaanirrahim. When I was younger, (basically since kindergarten) I am always the target for bullies. I was small compared to other kids, basically I'm too kind to people that I don't really have the guts to stand for my own rights. Or maybe I just don't even have any principle of life back then? Allah SWT knows best.

During kindergarten, there's this one girl. She's taller than me. Bigger. After my parents sent me to class, and everytime she came in earlier than I do, she didn't allow me to enter the class. Dia akan halang aku masuk kelas dengan berdiri di pintu. Aku yang memang sediakala takut dengan dia (sebab dia suka pukul aku dan ambil barang aku), akan lari menyorokkan diri. Tak masuk kelas sampailah cikgu jumpa tempat aku sorok and bawa aku masuk kelas. And yeah, I was 4 years old that particular time. Waktu mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan juga aku sudah dihimpit masalah buli. Aku menjalani kehidupan aku dalam keadaan tertekan dan jauh dari seorang yang punya self-confidence.

(Credits to Deviantart for the image)

When I entered primary school, there's this one boy, who's seriously obsessed with me. He's my neighbor, and also my standard 1 classmate! He likes me too much until he keeps on bugging me with love notes, love words, gifts and also a lot of touching. Which of course, it is somehow a sexual harassment to me since I'm still young. "Perempuan yang masih belum baligh itu tidak punya keinginan terhadap lelaki." Setiap kali balik sekolah, aku akan berusaha sedayanya menyorok dari dia, sebab dia pasti akan memeluk aku dengan kuat sehingga mama sampai untuk ambil aku balik. Ketakutan aku terhadap dia bertambah bila dia selalu berkata lucah dengan aku. Aku masih ingat kata katanya waktu dia hampir hampir terjumpa tempat aku menyorokkan diri dari gangguan dia lepas balik sekolah, "rifff, mana awak... Saya tahu mana awak sembunyi..." Sambil suaranya benar benar seperti pembunuh bersiri! Astaghfirullahalazim. Aku tidak menyalahkan dia atau sesiapa. Mungkin dia tersalah pendedahan waktu itu. Semoga dia baik baik sahaja sekarang. Tetapi aku tidak. How? Kehidupan aku waktu kecil ditambah pula dengan kawan kawan yang sering menggunakan kebaikan aku untuk kepentingan sendiri. Entah kenapa aku terlalu lurus.

Waktu darjah dua, aku berpindah sekolah. Pun sama juga keadaannya. Pernah aku diludah beramai ramai diatas kepala waktu rehat. Pernah juga (selalu) makanan aku diambil oleh kawan baik sendiri tanpa pedulikan aku. Pernah juga aku dimarahi seorang pengawas lelaki dikhalayak ramai kerana dituduh "stalk" pengawas tu. Banyak lagi, tapi biarlah ia menjadi kenangan pahit yang mematangkan aku. Entering secondary school, peer pressure is getting into my nerves. Dengan akil baligh, emosi tak stabil. Tekanan aku banyak tertumpu kepada peer pressure dan tekanan  emosi oleh kawan kawan lain yang lebih hot. Kononnya. Seriously, I became someone that have zero self-confidence. To talk infront of the crowds is a no go. I will shiver like crazy if I have to do presentation, if someone asked me to give opinion, I would rather answer "I got nothing" although all the ideas ran into my mind like chocolate cupcakes (okay, bad metaphor). Truth is, I hid myself from public simply because I always thought I'm a loser. No one cares. No one likes me.

(Credits to Deviantart for the image)

When I entered university, I have the same problem. I got a scholarship interview, but I failed. Simply because I don't have anything to say! It was very frustrating being me back then. I lost hope. Tambah pula aku tak boleh nak menerima roommate aku seadanya. Its hard for me to get along with  ladies because I don't have any female siblings. My roommate and I have some issues quite frequent thus increases my hate towards her. Astaghfirullahalazim. I don't know what have I become. Until she moved university for a certain reason (that does not have anything to do with me), everything cools down a bit. I mentioned about how someone brings me to a community? Yes. That is the turning point of my life, to change to become someone better. Very much better.

Bila aku mula meneroka diri, mula mencabar diri dalam banyakkkkk perkara, aku belajar mengenali diri sendiri. Sedikit demi sedikit kepercayaan kepada diri mula terbentuk. Aku tidak lagi sentiasa menundukkan wajah ketika terserempak dengan kenalan (aku tunduk sebab nak elak menegur/ditegur sebab aku terlalu malu) atau berpura pura membaca sms atau sampai berpura pura on call. Leulz. Sejak aku mula mencabar diri sendiri, people call it breakthrough, aku mula tahu apa kelebihan yang terpendam selama ini. I just knew, that I'm good at giving presentation, just like my abah. I can attract the audience with my voice and body language. I didn't know I like to give speech in public! It feels so amazing to entertain the crowd with thoughtful words and information. I too love anything regarding self-improvement and motivation. (I guess that's the reason why I choose to create this blog) That is some of it. I don't prefer to mention it here. Takut riak pula. Astaghfirullahalazim.

Moral of the story is, sometimes we never realize our abilities until we actually force ourselves to find it. "Even a diamond started as an ugly rock turned into something worthy after its polished." Apatah lagi kita? Mustahil Allah SWT mencipta kita dalam keadaan dungu dan tiada apa apa selain jasad dan roh. Kita lebih baik dari itu! Aku menjalani kehidupan tanpa banyak kawan kawan yang boleh dipercayai, persekitaran yang negatif dan sentiasa tertekan. Aku juga pernah menulis surat bunuh diri kerana putus asa dalam hidup (tetapi alhamdulillah Allah SWT tidak meletakkan aku jauh tersesat kedalam tidakan itu). Tetapi aku tidak membenarkan diri aku selamanya digelumang rasa tertekan itu. There must be a turning point in your life! Allah SWT itu tidak akan menghukum hambaNya selama lamanya. Akan pasti hidayahNya hadir dan menentukan hala tuju baru dalam hidupmu. Your time will come! Trust me. Trust Allah SWT. Carilah sinar cahayaNya itu. Buka mata, buka hati untuk melihat keajaiban dalam kehidupan. Mungkin kita dikelilingi masalah, tapi masalah itu bukan penentu berhentinya matlamat kita mencari sinar harapan, mencari yang terbaik dari pemberian Allah SWT kepada kita.

Ingatlah, sejak mulanya kita tahu tentang kelebihan kita, gilaplah kelebihan itu lebih dalam. Kerana kamu akan menjumpai lebih banyak kelebihan yang kamu tidak pernah tahu! Seperti kamu mampu membaca, bacalah dengan sebaik mungkin! Akan pasti satu masa kamu akan mendapat lebih banyak kebaikan with that ability. Even weaknesses are part of abilities. For example, gunakan kedegilan diri sendiri untuk degil mencapai cita cita. "Your ability is for you to use and only you, not others!" Jadi kalau kita tidak menggunakan kelebihan kita sebaiknya, siapa lagi? InsyaAllah. Semoga kita menjadi insan yang sukar dicari akhir zaman ini iaitu baik akhlaknya, baik agamanya, bijak menggunakan kelebihan sendiri dan bijak pemikirannya.

(Credits to Deviantart for the image)

You can be shy, but be shy for Allah SWT!

Love,
riff

4 comments:

  1. ya ALLAH..Dasyatnyaa kena buli masa kecik! haha! takpe2, ni skang dah besar dah(badan pun semakin expand) balas la balik...ekekeke.
    ye,beteul tu.awk ad kebolehan melontarkan idea,pendapat etc. bagus! keep it up!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe. nak kena tumbuk ni. baiklah. insyaAllah. thank you! :D

    ReplyDelete
  3. janganlaa tumbuk saya. leper saya kekgi kang! HAHAHA :p

    ReplyDelete