January 04, 2013

mama

Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,


Bismillahirrahmaanirrahim. Alright, this time it has indeed been awhile since I post anything. Well lets just say I need sometime to reminisce my past and get back to reality. To prepare myself for Allah SWT's new challenges for me. I was afraid that my blog is some kind of  hidden ways of syaitan laknatullah to twist sins to make it looks like it is something good. I really hope that all my entries are for good, not in conflict of interest with Allah SWT's rules. Astaghfirullahalazim. InsyaAllah I'll do my very best. Besides, I'm still anonymously blogging. Hiks.

(Credits to Deviantart for the image)

Yesterday I had a conversation with mama. Light conversation about neighbors and jubah. But why do I mention about this? Well, here it goes. I felt something. Flashback to be precise. How I was so terrible towards mama when I was young adult. Astaghfirullahalazim. Now that I am an adult, I am so grateful that I have changed, thank you Allah SWT. Diriku punya banyak keburukan dan Allah SWT menutupkan aib itu dengan rembesan kebaikan dan rahmatNya padaku, mama. Alhamdulillah. Dear mama, this entry is specially made for you. As a token of my utmost appreciation towards you, my beloved mother.

Dear mama, bila orang masih kecil (lingkungan umur 6 tahun), I was dreaming about my favorite cartoon character, minnie mouse. Tiba tiba mama kejut bangun untuk ke sekolah. Orang meragam dan menangis sebab mama kacau mimpi indah. Tetapi tidak, mama tidak berdukacita. Mama tetap teguh dengan kesabaran walaupun terpaksa bangun lebih awal bagi menyiapkan sarapan sebelum mengejut kami. Mama pimpin tangan orang ke bilik air, mandikan orang. Mama sikatkan rambut, ikatkan rambut orang. Orang tak suka, orang tanggalkan ikatan tu. Mama cakap dengan lembut, "nak ikat macamana?" Lepastu mama ikat cantik cantik walaupun orang tak jawab soalan mama. Hati orang terpujuk. Alangkah indahnya kalau orang dapat rasa apa yang mama rasa. Pasti waktu itu, orang tak akan meragam lagi.

Dear mama, satu hari itu, ingat tak bila mama rotan kami dengan tali pinggang sebab tidur lambat. Waktu abah shift petang balik malam. Esok hari sekolah, dan kami tidur 1.00am sebab nak tunggu abah balik kerja. It was my mistake, because I went to your room to see abah. Dan sebab itulah, abanglong dan adik dirotan sekali malam itu. Lepas mama balik ke bilik mama, orang cakap kat abanglong, "orang takkan pernah lupa kejadian ini. Orang akan membenci mama selama lamanya." Dan ya, orang masih ingat kejadian itu sampai sekarang, tetapi dengan keinsafan yang nyata. Alangkah indahnya kalau orang dapat putarkan masa, membuang semua kata kata benci itu. Astaghfirullahalazim.

(Credits to Deviantart for the image)

Dear mama, masa itu kita dikampung. Orang tengah bermain dengan sepupu dan mama seringkali tidak membenarkan orang bermain. Sepupu cakap, "mak kau ni jahat kan." Lepastu orang pun cakap, "ha'ah." Astaghfirullahalazim. Kalaulah waktu itu orang faham apa itu erti ketegesanmu, apa itu erti pengajaran hidupmu buatku, tidak akan orang sungguh sungguh membencimu, mama. Penyesalan kini tidak mungkin dapat mengembalikan waktu dan menebus segala kederhakaan orang terhadap mama. Maafkan orang, mama.

Dear mama, waktu orang masuk tingkatan tiga, orang dah pandai bermain cinta dengan lelaki ajnabi yang dikenali melalui sepupu dikampung. Orang tak pernah jumpa lelaki itu, hanya berhubung melalui telefon. Baru dua minggu kenal sudah bermain cinta tanpa pernah bertemu. Mungkin waktu itu, orang rasa ketandusan cinta darimu mama. Orang tak mengerti. Maafkan orang, mama. Lepas lama bermain cinta, lelaki itu ajak berjumpa. Orang suruh lelaki itu datang padang depan rumah orang. Jam 9.00pm. Sebab orang takut, orang ajak adik teman. Dan kami berjumpa. Abanglong ternampak dan kemudiannya abanglong beritahu mama. Dari pagar rumah mama teriak nama orang suruh balik. Waktu itu rasa malu membuak buak, malu terhadap lelaki ajnabi itu. Astaghfirullahalazim. Orang lebih sanggup menjaga hubungan orang dengan lelaki itu dan tidak dengan mama. Maafkan orang mama. Orang tak faham waktu itu. Ternyata hubungan orang dengan lelaki itu putus tiga bulan setelah itu. Naluri ibu memang kuat.

Dear mama, ingat tak, seringkali orang minta izin mama untuk keluar dengan kawan. Umur sudah menjangkau 15 tahun. Tetapi mama menjawab, "jangan nak mengada ngada!" Dan setiap kali orang minta izin, jawapan yang sama diberikan. Waktu itu orang tak faham yang mama hanya tidak mahu orang terjebak dengan dunia luar yang kejam. Kalaulah satu saat orang ada anak, mungkin orang akan mengongkong dengan lebih teruk. Orang ada diari, orang tulis dalam diari tu atas betapa bencinya orang pada mama waktu itu. Orang tulis mama dengan kata carutan menggunakan pen merah, menulis sambil menekan nekan kertas sehingga hampir koyak. Betapa marah dan bencinya orang pada mama waktu itu sebab overprotective. Baru kini orang faham, mama. Maafkan orang, mama.

(Credits to Deviantart for the image)

Dear mama, waktu orang 17 tahun, orang terjumpa balik diari itu satu malam, yang disorokkan dibelakang almari. Waktu itu, orang benar benar terlupa tentang diari itu dan isi didalamnya. Orang buka dan membacanya. Alangkah terkejutnya orang dengan catatan bewarna merah itu dengan kesan hampir koyak. Baru orang ingat kembali kejadian itu. Orang koyakkan muka surat itu. Dalam hati nak koyakkan kecil kecil, tidak mahu lagi melihat kederhakaan nyata itu. Tetapi ketakutan orang dalam derhaka itu menunda orang mengoyakkannya, kerana membakarnya lebih menghilangkan kesan. Jadi orang membuat keputusan membakarnya esok lepas balik sekolah. Orang lipat cincai cincai dan menyorokkan sehelai kertas itu dibawah alas meja katil orang. Dengan semangat nak bakar lepas balik sekolah.

Dear mama, esok harinya orang gopoh kesekolah sebab bangun lambat, jadi orang terlupa nak selak langsir. Kebetulan langsir berada dekat dengan meja katil tu. Mama masuk bilik waktu orang disekolah seperti biasa, untuk menyelak langsir, mengemas bilikku yang bersepah. Rajinnya mama dalam usahanya mengawal rumahtangga. Lipatan cincai orang membuatkan mama ternampak kesan tebal dibawah alas meja. Alangkah hancurnya hatimu membaca surat itu. Surat yang tiada tarikh, hanya kata kata carutan buatmu, mama. ASTAGHFIRULLAHALAZIM! 

Petang itu, ada kokurikulum. Bila nak balik, hujan lebat. Orang pergi ke public phone, telefon mama minta ambil balik. Mama hanya menjawab dengan suara sayu, "baliklah sendiri, jalan kaki." Kemudian mama meletakkan telefon. Orang pelik tapi malas nak fikir negatif. Jadi orang balik jalan kaki dalam hujan lebat. Dalam perjalanan pulang, hati terdetik tentang surat itu. Orang bergegas pulang. Buka alas meja, tiada lagi surat! Orang mencari disekeliling, terjumpanya dibawah bantal mama. Orang ambil kertas itu dan carik carik sehingga kecil, dilemparkan diluar tingkap. Menyesalnya orang tak koyakkan awal awal. Mungkin itu takdir Allah SWT ingin mengajar anak derhaka macam orang. Adik datang pada orang, dia cakap, "tadi orang nampak mama baca al-Quran sambil tak henti henti menangis. Kenapa eh kakngah?" Dan orang lari masuk bilik, tidak hentinya orang menangis atas penyesalan itu. Maafkan orang, mama.

Dear mama, kesabaranmu meniti kedewasaanku sangat tinggi. Jika orang ditempat mama, tidak mungkin orang nak mengaku anak lagi. Mungkin hati orang tidak akan memaafkan anak seperti orang. Ya Allah ya Tuhanku. Mama, cintamu pada orang luar biasa. Lain dari cinta ibu ibu lain. Pengajaran hidup yang diberikan mama buat orang luar biasa. Jodoh orang mendapat ibu macam mama benar benar menjadikan orang wanita luar biasa. Wanita yang penuh pengalaman hidup. Mama, orang tidak pernah menyesal dengan adanya ibu seperti mama. Kata kata benci orang dahulu, hanya kata kata tidak matang dan tandusnya akhlak dan kebijaksanaan. Maafkan orang, mama. Meminta untuk dikembalikan waktu dahulu sepertinya orang tidak redha dengan takdir orang. Orang bersyukur adanya ibu setabah mama. Cintamu pada orang tidak bersyarat. Tidak pernah berhenti memaafkan. Mama, jika orang cakap orang sayangkan mama selepas orang sayangkan Allah SWT, adakah mama akan percaya? Mungkin tidak.

(Credits to Deviantart for the image)

Tiada apa yang dapat membalas jasamu mama melainkan keEsaan dan rahmatNya. Semoga syurga Firdaus buatmu, mama. Dalam masa yang sama, orang usaha berubah menjadi anak yang solehah. Dosa laluku tidak pernah orang lupakan. Orang jadikan pengajaran dalam memperbaiki hubungan orang dengan mama. Lebih separuh hidup orang dijalani dalam lalai dan kederhakaan. Adakah masih ada setitik rasa maaf buatmu untukku, mama? Bila mama berdoa, adakah masih disebut namaku dalam doamu, mama? Bila orang usaha berbual dengan mama, adakah mama rasa terhibur atau sebaliknya? Bila orang masakkan mama, adakah mama rasa jelik nak menghadamnya? Bila orang menyiapkan kerja kerja rumah, adakah mama tenang melihat usahaku mengurangkan bebanmu, mama? Bila orang belajar bersungguh sungguh dan menjadi satu satunya anak harapan keluarga kita, adakah mama terharu melihat pencapaianku? Bila orang usaha menjadi seorang anak yang solehah, adakah mama gembira melihat mamalah penggerakku?

Dear mama, usaha orang menebus kesilapan lampau tidak akan orang hentikan. Tidak akan orang lupa mendoakan mama. Tidak akan orang lupa tentang segala perit jerihmu. "Setitis air mata ibu menyebabkan anaknya itu tidak mencium bau syurga." Mama, jika orang ditakdirkan untuk nerakaNya (nauzubillahminzalik), janganlah mama bersedih. Kerana yang pasti Allah SWT mengurniakan mama syurgaNya. InsyaAllah. Kehebatan syurgaNya itu mampu melenyapkan segala kesedihanmu yang orang cipta selama lamanya. Kepayahanmu menjadikan orang insan berguna akhir zaman ini pasti terbalas dengan rahmat Ilahi. InsyaAllah mama. Kita serahkan pada yang Maha Kuasa kerana cintaNya terhadap hambaNya jauh lebih tinggi dari murkaNya, mama. Have faith in Allah SWT.

Dear mama, pagi ini orang bangun melihat mama bertungkus lumus cuci baju, makanan semua dah siap. Kari ayam dan sambal sardin kegemaranku. Kadang kadang bila mama tertidur disofa depan televisyen, orang perhatikan wajah mama lama lama. Terbayang dibenakku, perit jerih mama dahulu sehingga kini. Tangisanku mengalir. Entah kenapa. Doaku buatmu tidak pernah orang lalaikan. Mama ibu terbaik. Tidak pernah orang banding bandingkan dengan ibu lain, kerana sudah jodoh orang ada ibu setabah mama. Jodoh itu berlaku kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan orang tahu, Allah SWT mahukan yang terbaik untuk keluarga kita. Alhamdulillah Allah SWT masih memberi kita pertolongan walaupun telah banyak kemungkaran yang orang lakukan. Semoga di akhirat Sana, kita akan bertemu kembali, dengan sinar memancar di setiap wajah ahli keluarga kita. Dan sama sama berjalan menuju pintu syurgaNya, insyaAllah mama.

(Credits to Deviantart for the image)

Mama, orang sayang mama. Sembilan bulan didalam rahimmu cukup membebanimu tetapi mama tidak pernah mengeluh membesarkan orang yang sentiasa mencipta jarak diantara orang dan mama. Dan tidak akan orang lebihkan orang lain selain mama abah. InsyaAllah. Bersabarlah mama, akan pasti syurga Firdaus buatmu kekasihku, mama. InsyaAllah. Amin O Rabb.

Love,
riff

2 comments:

  1. saya touche la bace. mujur air mata x kuar je, tp hati tersentuh .sobsobsob.
    awak dah minta maaf dgn mama pasal tu? admit kesalahan kita depan2? penah wt x? saya xpenah wt :( awak, tu pasal dalam doa, kita kena doa kat Allah, " ya Allah, Kau kumpulkan aku bersama ahli keluargaku dalam syurgaMu seperti mana Engkau kumpulkan kami di dunia ini." ameen.
    moga kita masuk syurga bersama2 ahli keluarga kita :')

    ReplyDelete
  2. terima kasih calmehan. saya pernah. insyaAllah takkan pernah berhanti mencari maaf mama. insyaAllah juga saya akan selalu selitkan keluarga dalam doa. amin. :)

    ReplyDelete